
KANSER kolon (nama lainnya kolorektal dan usus besar) boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk golongan yang lebih muda.
Di Amerika Syarikat, kadar kanser kolon telah melonjak naik dalam beberapa dekad yang lalu.
Persatuan Kanser Amerika melaporkan bahawa diagnosis kanser usus besar dalam kalangan individu di bawah usia 55 tahun meningkat kepada 20 peratus pada tahun 2019, berbanding 11 persen pada tahun 1995.
BACA LAGI: Sibuk kerja 54 jam seminggu, doktor 'kalis kecaman' berlari sambil tolak stroller anak
Pendarahan rektum adalah tanda paling umum kanser kolon.
Lebih membimbangkan, golongan muda sering didiagnosis apabila kanser sudah berada pada peringkat tinggi, menjadikannya sukar untuk dirawat dan disembuhkan.
Oleh itu, adalah penting bagi golongan muda untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser kolon terutamanya dalam mengenali simptom-simptomnya untuk mengelakkan terjadinya komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda kanser kolon yang perlu diambil perhatian oleh golongan muda:
1. Pendarahan rektum
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pendarahan rektum adalah tanda paling umum kanser kolon.
Pakar Onkologi dari Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, Dr. Andrea Cercek berkata, tumor pada pesakit kanser kolon yang lebih muda sering muncul di bahagian akhir kolon atau rektum.
"Darah dari tumor mempunyai jarak perjalanan yang lebih pendek, jadi ia keluar dalam warna merah terang. Manakala, darah yang berada dalam saluran pencernaan kelihatan hampir hitam," katanya.
Pendarahan rektum juga boleh disebabkan oleh kolitis, fisur dubur atau buasir dan sebarang pendarahan perlu dirujuk kepada profesional perubatan.
2. Perubahan tabiat usus
Dr. Tiago Biachi dari Pusat Kanser Moffitt di Florida mendedahkan bahawa kanser kolon boleh menyebabkan perubahan dalam tabiat membuang air besar.
"Tumor dalam kolon atau rektum boleh mengubah cara seseorang membuang air besar yang boleh mengakibatkan sembelit, cirit-birit atau kedua-duanya.
Dalam kes lain, pesakit mungkin tidak berasa 'kosong' selepas pergerakan usus atau mereka perasan najis berbeza daripada biasa.
Pengarah program kolorektal di Pusat Kanser Gastrointestinal di Yale, Dr. Michael Cecchini berkata, pesakit kanser kolon juga sering mengalami najis yang sangat berair terutamanya jika tumor berada dekat hujung kolon.
3. Sakit perut atau berasa kejang perut
Sakit perut yang berterusan, terutama jika terjadi semasa makan adalah satu lagi gejala berpotensi kanser kolon.
Walau bagaimanapun, segelintir orang memikirkan bahawa kesakitan itu hanya tanda miliki dengan senggugut, batu karang, senak, atau jangkitan saluran kencing.
Dr. Sonia Kupfer dari Universiti Chicago menyarankan untuk berjumpa doktor jika sakit perut yang dialami masih baru terjadi atau miliki tanda berbeza dari sebelumnya.
15 peratus orang muda melaporkan kehilangan selera makan empat hingga enam bulan sebelum diagnosis kanser kolon mereka.
4. Penurunan berat badan tanpa sebab
Dr. Biachi menjelaskan bahawa tumor kanser kolon boleh mengeluarkan hormon yang mengurangkan selera makan.
Kajian menunjukkan sekitar 15 persen pesakit kanser kolon yang lebih muda mengalami penurunan selera makan beberapa bulan sebelum diagnosis.
Kehilangan 4.5 kilogram atau 5 persen dari berat badan dalam tempoh enam bulan tanpa sebab yang jelas harus menjadi alasan untuk berjumpa doktor.
5. Anemia
Pendarahan dari tumor kanser kolon boleh menyebabkan anemia dari masa ke masa.
Tubuh memerlukan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah dan menyokong fungsi tenaga, imun dan kognitif.
Gejala kekurangan zat besi termasuk keletihan, tangan dan kaki sejuk, rambut gugur dan masalah kognitif.
Bagi wanita, anemia sering disebabkan oleh haid yang teruk, tetapi ia mungkin petanda seseorang miliki kanser kolon jika disertakan dengan gejala lain.
Pesakit yang lebih muda melaporkan gejala keletihan beberapa bulan sebelum diagnosis kanser kolon.
6.Keletihan Melampau
Seperti kanser pada umumnya, kanser kolon juga boleh menyebabkan penghidap berasa letih.
Kira-kira 8 peratus pesakit yang lebih muda melaporkan gejala keletihan beberapa bulan sebelum diagnosis.
Ia juga disebabkan oleh hormon yang mengganggu selera makan dan mengurangkan tenaga.
Perkara itu seterusnya menyebabkan rasa tidak sihat secara keseluruhan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram