Dihempap pokok, Syed Saddiq masih tamatkan cabaran Ironman Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Syed Saddiq (berbaju putih) mengalami kemalangan di Ironman Malaysia.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika menyertai acara Ironman di Langkawi, Kedah.

Foto yang tersebar di media sosial menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengalami kemalangan ketika sedang melakukan disiplin berbasikal. Dalam foto tersebut, dia dilihat sedang dikeluarkan daripada runtuhan pokok oleh pegawai pertandingan.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Syed Saddiq atau pihak Ironman mengenai insiden tersebut.

BACA LAGI: Keputusan kebenaran semakan kehakiman Syed Saddiq 18 November depan

BACA LAGI: Akui ada kesilapan catatan masa, Syed Saddiq terima keputusan 113 Triathlon Desaru jadi DNF

Kemalangan yang dihadapi oleh Syed Saddiq itu bagaimana pun tidak menghalang dia daripada menamat cabaran tersebut. Menurut siarannya di media sosial, Syed Saddiq berjaya menamatkan saingan dalam masa 13 jam 13 minit.

"Benar saya mengalami kemalangan, tetapi saya tidak mengaku kalah. Saya bangun semula selepas 30 minit untuk meneruskan perjuangan saya ke garisan penamat," kata Syed Saddiq.

Bekas menteri itu menamatkan saingan empat jam sebelum saingan tamat, dan dia berada di kedudukan keenam mengikut kategori umurnya.

Sebelum ini, gambar Syed Saddiq mengalami kemalangan tersebar di media sosial selepas dia terjatuh akibat runtuhan pokok dalam disiplin berbasikal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram