SERAMAI tujuh anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan atas dakwaan memeras ugut dan mencabul wanita pada awal bulan Oktober.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa berusia 22 tahun membuat laporan pada 7 Oktober lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘You are my blood brother’, mat motor sambung tugas wanita ‘towing’ warga Palestin kehabisan minyak
“Sebelum ini, tiga lelaki tempatan ditahan dalam kes itu tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan tujuh anggota polis termasuk ASP berusia antara 30-an dan 50-an," katanya selepas sambutan Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan tindakan tertangguh dalam perkara itu.
“Ada dakwaan polis lambat mengambil tindakan. Perlu difahami bahawa pemeriksaan dan siasatan menyeluruh diperlukan.
"Ini termasuk menyemak transaksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menemu bual mangsa, kerana kami difahamkan dia lewat membuat laporan," katanya.
Kesemua suspek telah direman selama tiga hari.
Terdahulu, tular berita mengenai seorang wanita yang mendakwa diperas dan dicabul individu ketika serbuan di sebuah unit kondominium dekat Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram