CUACA hujan lebat telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang, Kuala Lumpur dengan dua buah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat terhumban ke dalam longkang pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7.14 petang Sabtu.
Katanya, seramai tujuh anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan
"Setibanya di lokasi, didapati terdapat kejadian tanah runtuh berketinggian 10 meter.
"Tanah runtuh telah menyebabkan dua kereta jenis pikap masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Jelas beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram