Kurangkan pembakaran, contohi petani Thailand tukar jerami padi jadi produk biodegradasi


  • Bizz
  • Isnin, 14 Okt 2024

Industri padi negara menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida ke udara.

PEMBAKARAN jerami padi secara terbuka menjadi penyumbang utama kepada tahap pencemaran udara yang sangat tinggi di Asia Selatan dan Tenggara.

Tidak dinafikan, menguruskan jerami padi selepas aktiviti menuai adalah satu cabaran yang besar.

Selain menjejaskan kualiti udara, pembakaran terbuka yang melepaskan sejumlah besar gas berbahaya juga memberi kesan buruk terhadap kesihatan awam dan perubahan iklim global.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Industri padi negara menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida ke udara. Ini kerana, apabila musim padi telah selesai, residu jerami padi tadi dibakar.

Bagaimanapun, semakin banyak negara seperti Thailand kini mencari alternatif yang lebih lestari dengan menukar jerami padi menjadi produk biodegradasi, sebagai usaha untuk mengurangkan impak pencemaran udara.

Tahukah anda? Di Thailand, jerami mempunyai nilai yang sama tinggi dengan beras.

Golongan berkenaan tidak hanya mendapat keuntungan daripada menjual padi tetapi juga dengan menjual jerami.

Sisa tanaman padi itu yang biasanya dibakar kini diberi nafas baharu melalui pendekatan inovatif dengan menukarkannya menjadi produk biodegradasi.

Straw bales on paddy field in rural India.

Di Thailand, jerami mempunyai nilai yang sama tinggi dengan beras.

Para petani kini mengumpulkan jerami dan menjualnya kepada kilang-kilang untuk diproses menjadi pelbagai produk mesra alam seperti bungkusan makanan, botol air, bekas minuman, straw dan penyepit.

Produk tersebut kemudian dieksport ke negara seperti Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Inisiatif tersebut bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara akibat pembakaran jerami, tetapi juga menawarkan penyelesaian mapan kepada industri pembungkusan.

Usaha berkenaan berupaya membantu mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan menggalakkan penggunaan bahan yang boleh terurai secara semula jadi.

Dengan peningkatan permintaan global untuk produk terbiodegrasi, pendekatan Thailand ini bukan sahaja membantu menjaga alam sekitar, tetapi juga memberi peluang ekonomi kepada para petani dan pengeluar tempatan.

1

Jerami padi diproses menjadi pelbagai produk mesra alam seperti bungkusan makanan, botol air dan straw.

Teknik itu di Malaysia, juga mula mendapat perhatian masyarakat khususnya penduduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anataranya termasuk pelaksanaan Projek Jerami Padi yang dibangunkan di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP), dengan dikawal selia Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), pada 2017.

Jerami padi yang dahulunya hanya dianggap sisa pertanian tidak bernilai di Malaysia, kini mampu ditransformasi menjadi produk terbiodegrasi yang mampu menghasilkan pendapatan lebih RM7 juta setahun.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, negeri itu membekalkan 40 peratus daripada keluaran beras negara dan salah satu komponen penting bagi ekonomi di Kedah.

6

Petani kini mengumpulkan jerami dan menjualnya kepada kilang-kilang untuk diproses menjadi pelbagai produk mesra alam.

Bagaimanapun katanya, Kedah tidak boleh menentukan fokus kepada pengeluaran padi sahaja, sebaliknya sektor agrikultur juga perlu dikembangkan dengan kekayaan alam semula jadi yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan seperti kosmeseutikal, kesihatan, pemakanan dan perindustrian.

"Projek tersebut turut membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan lambakan jerami padi seperti pembakaran terbuka yang boleh mengundang pencemaran udara.

"Dianggarkan 500,000 tan metrik sekam dan jerami padi dihasilkan industri beras negara ini dalam tempoh setahun dan pelupusannya menjadi bebanan kepada petani, malah saya difahamkan negara menghasilkan 600,000 kilogram karbon dioksida setahun dari pembakaran terbuka jerami padi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram