Tak peduli dianggap 'Si Tanggang Vietnam', Dinh Tu sanggup lupakan dunia bank demi kopi robusta


  • Bizz
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Dinh Tu berpegang teguh dengan keputusannya untuk membuka kedap kopi di Vietnam.

VU Dinh Tu meninggalkan kerjaya lumayan dalam bidang kewangan untuk membuka sebuah kedai kopi tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Kopi, yang biasanya dinikmati berwarna hitam, kadang-kadang dengan susu pekat atau telur, telah lama menjadi sebahagian daripada budaya Vietnam.

Namun, memulakan perniagaan kafe bukanlah pilihan utama bagi ibu bapa dari golongan kelas pertengahan yang mengimpikan masa depan lebih cerah buat anak-anak mereka.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

2

Usahawan itu ingin menanam pemikiran bahawa menjual kopi juga satu pekerjaan yang serius dan membawa keuntungan.

"Pada mulanya, keluarga saya tidak tahu banyak tentangnya. Lama-kelamaan mereka mula dapat tahu tentang bisnes ini, namun mereka tidak begitu menyokong," katanya.

Usahawan berusia 32 tahun itu memberitahu, orang tuanya sudah beberapa kali cuba meyakinkannya untuk kekal dalam pekerjaan perbankan yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Namun, dia tetap berpegang teguh dengan keputusannya hingga berjaya membuka empat cawangan Refined di Hanoi dalam tempoh empat tahun.

Setiap cawangan dipenuhi pelanggan dari pagi hingga malam, menikmati kopi yang diperbuat daripada biji kopi robusta Vietnam, dalam suasana yang lebih menyerupai bar koktel berbanding sebuah kafe biasa.

Ibu bapanya melihat kerja keras lelaki itu dalam menguruskan perniagaan termasuk dari segi kewangan hingga pengurusan kakitangan.

"Mereka tidak mahu saya menghadapi kesusahan," jelas Dinh Tu.

3

Setiap cawangan Refined milik Dinh Tu.dipenuhi pelanggan dari pagi hingga malam.

Namun dia bersyukur ibu bapanya sudah mulai menerima keputusan itu dan kini dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan.

"Saya ingin membina tenaga kerja yang mempunyai minat mendalam terhadap kopi seperti saya.

"Saya mahu menanamkan pemikiran bahawa ini adalah kerjaya yang serius," katanya.

Vietnam pernah menjadi negara yang sangat miskin sehingga awal tahun 2000-an, tetapi berjaya bangkit dengan pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan.

Walaupun begitu, ramai ibu bapa masih berharap agar anak-anak mereka menceburi bidang yang lebih stabil dan menguntungkan seperti perubatan atau undang-undang.

Bagaimanapun sebaliknya, kopi kini menjadi simbol kreativiti dan ekspresi diri.

Pengeluar kopi terbesar dunia

Menurut Profesor Bersekutu di California State University, Sarah Grant, di Vietnam, kafe menjadi antara cara untuk memecahkan norma keluarga yang meletakkan tekanan untuk berjaya dalam pelajaran, mendapatkan ijazah dan bekerja dalam bidang stabil.

"Kafe juga menjadi ruang untuk mengumpulkan individu kreatif dalam komuniti, sama ada pereka grafik, pemuzik atau golongan yang cenderung melakukan sesuatu dengan sendiri," tambah ahli antropologi itu.

Kopi pertama kali diperkenalkan di Vietnam pada 1850-an semasa pemerintahan kolonial Perancis, namun pada 1990-an dan awal 2000-an, pengeluaran berskala besar biji robusta, yang sering digunakan dalam kopi segera menjadikan negara itu sebagai salah satu pengeluar kopi terbesar dunia.

Sementara itu, di lorong kecil di tengah ibu kota, kelihatan Nguyen Thi Hue, 29, sedang menyediakan matcha lychee cold brew di kafe baharunya, sebuah perniagaan kopi Slow Bar yang diuruskan sendiri.

"Membuat kopi seolah-olah menjadi seorang seniman," kata Thi Hue, yang mula minum kopi sejak kecil selepas jirannya memanggang biji kopi sendiri.

4

Kafe juga menjadi ruang untuk mengumpulkan individu kreatif dalam komuniti.

Dang Le Nhu Quynh, seorang pelajar universiti berusia 21 tahun, mewakili generasi pelanggan baharu yang lebih mementingkan gaya kafe berbanding minuman itu sendiri.

"Saya tidak begitu suka kopi," akuinya.

Menurut perundingan jenama Mibrand, industri kafe di Vietnam kini bernilai AS$400 juta (lebih RM17 juta) dan berkembang sehingga lapan peratus setahun.

Jenama global sukar untuk bertapak di Vietnam dan Starbucks hanya menguasai dua peratus pasaran pada 2022, jelas Euromonitor International.

Awal tahun ini, Starbucks mengumumkan penutupan satu-satunya premis di Ho Chi Minh City yang menawarkan kopi khas.

Tidak seperti perniagaan tempatan, Starbucks menggunakan biji arabica berkualiti tinggi, yang memberikan rasa berbeza daripada robusta Vietnam. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram