Wanita maut dipukul suami selepas hantar anak ke sekolah di Dungun


  • Tular
  • Rabu, 05 Apr 2023

Maklumat awal yang diperolehi, mangsa dibunuh suaminya sendiri dipercayai akibat cemburu. — Twitter

SEORANG wanita berusia 41 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh suaminya dengan menggunakan tukul besi.

Kejadian itu berlaku di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada Rabu. Sebelum kejadian mangsa dilaporkan baru pulang ke rumah selepas hantar anak ke sekolah.

Mangsa yang dikebali sebagai, Rubiah Sabtu dilaporkan mengalami cedera parah di dahi dan muka. Maklumat awal yang diperolehi, wanita itu dibunuh selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suaminya yang berusia 32 tahun, dipercayai akibat cemburu.

Setibanya di rumah, pasangan itu didakwa mula bergaduh sebelum suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

Suspek kemudian memaklumkan kepada kakaknya yang dia sudah membunuh isterinya menggunakan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Pasangan berkenaan dilaporkan baru mendirikan rumah tangga tahun lalu dan mempunyai anak perempuan berusia enam bulan.

Tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Menyusul....

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram