[VIDEO] Terperangkap tak hanyut, mangsa ditemukan lemas kereta terbabas dalam sungai di Pokok Sena


  • 112
  • Khamis, 03 Okt 2024

Sepasukan anggota bomba membawa keluar mangsa selepas kereta dinaikinya terbabas ke dalam sungai dekat Kampung Baru Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah pada Khamis.

SEORANG lelaki ditemui lemas selepas kereta dinaikinya terbabas ke dalam sungai dekat Kampung Baru Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah pada Khamis.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 pagi.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

BACA LAGI: Mayat mangsa lemas di Sungai Subong ditemukan

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

"Pemeriksaan mendapati sebuah kereta terjunam ke dalam sungai dan terdapat mangsa dalam kenderaan.

"Pihaknya segera menggerakkan operasi pencarian melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan jentera khas untuk menarik kereta berkenaan dari sungai.

“Mangsa berada di tempat pemandu dan tidak hanyut keluar dari kenderaan.

“Ia memudahkan tugas pasukan pencarian dan mangsa telah berjaya dijumpai, telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, seorang lagi mangsa wanita yang menaiki motosikal berhampiran kereta terbabit ketika kejadian dilaporkan terjatuh dan pengsan.

Mangsa bagaimanapun dibantu oleh orang awam dan disahkan selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram