Tiada petunjuk ditemukan, operasi mencari Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkan


  • Massa
  • Khamis, 03 Okt 2024

Sabari hilang sejak 4 September lalu, manakala kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemui hangus di Belantik, Sik.

OPERASI pencarian pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom yang dibunuh dan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang, Kubang Pasu, Kedah sudah ditamatkan.

Perkara itu dimaklumkan isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, selepas mendapat maklumat mengenai perkara tersebut pada Rabu malam.

Subhiah berkata, dia sekeluarga bercadang untuk melawat lokasi kejadian pada Khamis.

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

BACA LAGI: Kes Daesh: Bekas Ketua Kumpulan 'Wolf Pack' kena penjara 10 tahun, didapati bersalah terlibat aktiviti keganasan

Untuk rekod, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lalu, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap, namun tiada sebarang petunjuk ditemukan sehingga pencarian dihentikan pada petang Rabu.

Operasi pencarian Sabari, 62, digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes kehilangan warga emas itu.

WhatsApp Image 2024-10-03 at 10.34.01

Subhiah dan keluarga bercadang untuk melawat lokasi kejadian pada Khamis.

Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 September lalu, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemui hangus di Belantik, Sik.

Operasi pencarian Sabari membabitkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram