LIMA individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan sepasukan anggota bomba ekoran kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.05 malam.
Menurutnya, sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dihantar ke lokasi kejadian.
BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap
"Komander operasi melaporkan seramai lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.
"Pasukan menggunakan menggunakan teknik ‘melintas sungai’ untuk membantu kesemua mangsa menyeberangi sungai," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kelima-lima mangsa dapat diselamatkan pada pukul 2 pagi dan tidak mengalami kecederaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram