Mayat mangsa lemas di Sungai Subong ditemukan


  • 112
  • Ahad, 01 Sep 2024

Jasad mangsa yang dipercayai lemas di Lubok Subong berjaya ditemui semasa hari ketiga operasi pencarian. — JBPM Sarawak

MAYAT seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba menyeberangi Sungai Subong, Lemanak, Sarawak berjaya ditemui pukul 8.30 pagi pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jasad mangsa ditemui 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat.

JBPM dalam satu kenyataan, menyatakan mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fandi Wong Mohd Awang Wong.

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

3008_LEMAS

Menurut JBPM, jasad mangsa ketika ditemui hanya berseluar dalam berwarna hitam dan tidak berbaju. — JBPM

JBPM berkata, mangsa yang berasal dari Sibu itu ketika ditemui hanya berseluar dalam berwarna hitam dan tidak berbaju.

“Jasad mangsa kemudiannya di bawa ke pangkalan bagi proses pengecaman dan disahkan mangsa lemas yang dicari oleh ahli keluarganya,” kata JBPM.

Menjelas lanjut, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu media melaporkan pada Jumaat lalu, Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat betong menerima panggilan mengenai seorang individu lelaki dilaporkan hilang di Sungai Subong sekitar pukul 1.59 petang.

Hasil maklumat mendapati mangsa yang selepas selesai mandi bersama dua rakannya cuba menyeberangi sungai, namun secara tiba-tiba arus deras menghanyutkan mangsa sehingga tenggelam, menurut JBPM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram