PENUMPANG yang menaiki kapal terbang menghala ke Pulau Pinang pada Khamis berdepan detik cemas apabila kabin secara tiba-tiba dipenuhi kepulan asap, seperti mana sempat dirakam pengguna Facebook, Harrell Erik Wong.
Situasi berkenaan memaksa pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor selepas kira-kira 15 minit berada di udara.
Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-FYG itu terpaksa berbuat demikian ketika mereka difahamkan berada sekitar Kapar menerusi maklumat diperolehi di laman sesawang Flightradar 24.
BACA LAGI: [VIDEO] Masalah gear punca pesawat Beechcraft TUDM mendarat cemas di LTSAAS
Situasi berkenaan memaksa pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor selepas kira-kira 15 minit berada di udara.
Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-FYG itu terpaksa berbuat demikian ketika mereka difahamkan berada sekitar Kapar menerusi maklumat diperolehi di laman sesawang Flightradar 24.
Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang berkenaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, laporan awal oleh juruterbang (PIREP) menunjukkan sistem penyaman udara itu menjadi terlalu panas kerana kegagalan kipas pada enjin pesawat tersebut.
“Kami tidak menolak kemungkinan terdapat kerosakan tambahan pada penerbangan yang sedang dalam siasatan. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang selamat dipindahkan ke terminal di lapangan terbang SAAS,” tambanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram