BERPINDAH ke Johor Bahru, Johor mungkin menjadi pilihan alternatif bagi rakyat Singapura yang ingin lari daripada bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi di republik itu, kata seorang ahli akademik.
Pensyarah Pengajian Asia Tenggara Universiti Nasional Singapura, Dr Serina Rahman berkata, tawaran sewa yang berpatutan, perkhidmatan dan makanan yang murah serta pelbagai adalah antara tarikan utama di negeri berkenaan.
“Namun sebilangan kecil mereka sudah mula menerokai kawasan selain dari lokasi tumpuan pelancong, untuk mereka melihat sisi lain kehidupan di bandar ini," katanya.
BACA LAGI : Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge
Dr Serina Rahman
Singapura sememangnya dikenali sebagai salah satu negara termahal di dunia.
Menurut laporan portal berita Singapura, tinjauan mendapati, daripada 1,548 rakyat yang mengambil bahagian, sebanyak 55 peratus yang bersetuju dengan cadangan untuk berpindah ke Johor Bahru bagi mengelakkan kos tinggi di republik itu.
Sementara sebanyak 45 peratus lagi tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Serina yang juga felo bersekutu dengan ISEAS-Yusof Ishak Institute berkata, memandangkan tidak semua warga Singapura mempunyai lesen memandu yang mana ia merupakan keperluan utama untuk bersiar-siar merentasi Tambak.
"Ini kerana, kebanyakan tempat di Johor Bahru tidak mempunyai akses pengangkutan awam. Sehubungan itu, rakyat Singapura yang merancang untuk berpindah perlu bergantung pada perkhidmatan e-hailing.
"Pada masa sama, bagi penginapan jangka panjang, rakyat Singapura perlu memikirkan situasi visa," kata Serina.
Tambah Serina lagi, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) juga memerlukan pelaburan yang besar.
"Birokrasi, keperluan untuk bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dan memahami adat resam tempatan adalah isu lain yang perlu dipertimbangkan oleh rakyat Singapura," katanya. — The Star/ZAZALI MUSA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram