Sembah maklum keputusan fatwa GISBH kepada Sultan Selangor pada Khamis


  • Primer
  • Rabu, 02 Okt 2024

Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, keputusan (berhubung GISBH) sudah dibuat dalam mesyuarat (Selasa) dan pihaknya akan membawa menghadap Sultan Selangor pada Khamis sebelum ia diwartakan.

Isnin lalu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu, selain mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut dibentangkan laporan berkaitan GISBH oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 24 September lepas.

BACA LAGI : [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

BACA LAGI : [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

Launching Ceremony & Media Session for

Dr Mohammad Fahmi Ngah

Pada 21 September, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

Sehubungan dengan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.

Ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat daripada terus dianiaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram