Pakai serba hitam, Nur Asmidah naik Bezza putih sebelum hilang — Polis Kuala Selangor


  • 112
  • Rabu, 02 Okt 2024

Kali terakhir Nur Asmidah Syamsul, dilihat di rumahnya pada pukul 12.30 tengahari 30 September lalu. —PDRM

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Parit Omar, Kampung Bukit Kuching Tengah dekat Jeram Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Azaharudin Tajuddin berkata, kali terakhir Nur Asmidah Syamsul, dilihat di rumahnya pada pukul 12.30 tengahari 30 September lalu.

"Mangsa yang berusia 20 tahun dipercayai menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza warna putih tidak jauh dari kawasan rumahnya dengan bertudung dan berpakaian serba hitam.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

"Namun begitu, nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai Nur Asmidah untuk menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram