[VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah


  • Tular
  • Isnin, 29 Jan 2024

Tangkap layar seorang lelaki (baju kelabu) yang didakwa mencuri sebuah motosikal hanya mampu menahan kesakitan selepas dia dihempuk menggunakan kerusi lipat oleh pemilik motor tersebut baru-baru ini.

PADAH mencuri sebuah motosikal, seorang lelaki hanya mampu menahan kesakitan selepas dia dihempuk menggunakan kerusi lipat oleh pemilik motor tersebut baru-baru ini.

Melalui video tular yang dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp Anak Rantau Sabah pada Isnin, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah daerah di Sabah. Namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar insiden itu berlaku.

"Hati-hati bawa motosikal. Sila peka dengan keadaan sekeliling, bawa kunci bersama," tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Drama pemandu Singapura, warga emas sengaja buat-buat jatuh konon ditumbuk

Sementara itu, seorang lagi pengguna aplikasi tersebut berkata, kejadian itu berlaku baru-baru ini yang mana lelaki yang dipukul itu melarikan motosikal milik mangsa sehingga menyebabkan mangsa bertindak di luar kawalan.

"Bukan dia sengaja mahu pukul tetapi geram motosikal dicuri. Hilang kawalan terlampau marah," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Melalui video tular berdurasi lebih seminit itu, kejadian itu dirakam oleh seorang pemilik gerai wanita yang kuih-muih di tepi jalan.

Dalam video tersebut, kelihatan suspek yang memakai pelitup muka dan berbaju kelabu sedang duduk di atas motosikal curi tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Dia kemudiannya dilihat menghidupkan motosikal dan cuba beredar dari tempat kejadian sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang terus menghayun kerusi lipat ke kepalanya.

Suspek dilihat dipukul sebanyak tiga kali sambil mangsa menjerit ke arahnya.

"Kau curi motosikal aku, curi motosikal aku," jerit pemilik motor tersebut.

Suspek dilihat tidak melawan dan kelihatan terkejut selepas dipukul berkali-kali.

Namun, dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun pemilik motosikal berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram