NAMA Derrick Gan kini trending di media sosial selepas reaksinya menangis di Stadium Al Janoub, Qatar ketika pasukan kebangsaan meledak gol kedua menerusi jaringan penalti Arif Aiman Hanapi semasa mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia pada Khamis.
Bukan itu sahaja gelagatnya yang menangis kegembiraan itu turut menjadi bualan warga maya kerana dia sanggup menjual motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke Qatar.
Lebih dikenali sebagai 'abang rambut perang' dan 'penyokong naturalisasi' dalam kalangan warga maya, Derrick yang merupakan anak jati Melaka, pernah memuat naik satu iklan jualan motosikalnya pada 28 Disember lepas.
BACA LAGI: Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada
Katanya, dia terpaksa melepaskan motosikal kesayangannya pada harga RM4,500 demi merealisasikan impian dan menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pasukan Harimau Malaya.
“Mencari dana ke Qatar. ‘Malaysia Road to Asia!’ Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta.
“First major tournament in Malaysia’s history! (Perlawanan besar pertama kali dalam sejarah Malaysia). Ada sesiapa sudi tolong tak?,” tulisnya.
Terdahulu, Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 pada Khamis (waktu Malaysia).
BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat
Keputusan itu begitupun tidak mengubah nasib anak-anak buah Kim Pan-gon apabila sekadar mengutip satu mata selepas tewas kedua-dua perlawanan terdahulu bertemu Jordan dan Bahrain sebelum ini.
Namun, ia masih membanggakan ekor Harimau Malaya rentetan berjaya mengikat jaguh dunia yakni Korea Selatan, selain kembali layak ke pentas Piala Asia secara merit selepas 42 tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram