Operasi Malbatt di Lubnan dihentikan, anggota tentera kena berlindung dalam 'bunker drill'


  • Primer
  • Rabu, 02 Okt 2024

Khaled Nordin berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan aset berlaku terhadap pasukan itu sejak serangan minggu lalu.

SEMUA anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang ditugaskan di Lubnan berada dalam keadaan selamat walaupun situasi semakin meruncing di Lubnan ketika ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan aset berlaku terhadap pasukan itu sejak serangan minggu lalu.

Kesemua anggota Malbatt tidak dibenarkan untuk melaksanakan operasi rondaan dan pergerakan logistik.

BACA LAGI : Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI : [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

“Kesemua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) termasuk pasukan Malbatt 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan, telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.

“Mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu (bunker drill) mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal,” katanya pada Rabu.

Mengulas berkenaan rancangan membawa pulang anggota Malbatt 850-11 ke Malaysia, Khaled Nordin berkata keputusan itu tertakluk kepada kelulusan UNIFIL.

“Penarikan balik pegawai dan anggota pasukan Malbatt 850-11 ke Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman di dalam kawasan operasi.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di Selatan Lubnan dan akan mengemaskini sebarang perkembangan melibatkan pasukan Malbatt 850-11,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram