Syarat kelayakan mohon lesen kelas B dilonggarkan — Anthony Loke


  • Primer
  • Rabu, 02 Okt 2024

Individu yang memegang Lesen LMM kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut boleh memohon untuk menyertai Program Khas Peralihan Lesen LMM kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

INDIVIDU yang memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut boleh memohon untuk menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lesen itu tidak perlu aktif selama 10 tahun berturut-turut kerana ada beberapa kemungkinan lesen berkenaan tidak dapat diperbaharui ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

"Syarat itu dilonggarkan serta-merta iaitu tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut (diumumkan sebelum ini)," katanya pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

Tambah beliau lagi, pihaknya juga terbuka menerima maklum balas dari orang awam.

Bagaimanapun, katanya, syarat lain untuk program tersebut kekal termasuk pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam dan tunggakan saman.

Anthony Loke berkata, kemas kini akan dilakukan agar lebih ramai pemohon berjaya dan mendapat manfaat daripada program itu.

Anthony Loke

"Kita buat pertukaran (sistem) serta-merta untuk memudahkan orang ramai. Kita mohon kesabaran orang ramai dan dalam masa beberapa hari, mereka (pemohon) boleh ambil program itu di institut memandu yang terlibat," katanya

Pada 2 Ogos lalu, Anthony Loke mengumumkan program khas untuk membolehkan pemegang lesen Kelas B1 dan B2 dinaik taraf kepada kategori B.

Permohonan untuk program tersebut bermula pada Isnin.

Untuk makluman, lesen B2 membolehkan pemegangnya menunggang motosikal sehingga 250cc, manakala kapasiti siling B1 ialah 500cc.

Pada masa ini, pemegang B2 yang ingin mendapatkan lesen B, yang membolehkan mereka menunggang motosikal berkapasiti 500cc dan ke atas, perlu menjalani ujian jalan raya. — The Star/ GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram