Bukan tanah mendap, pembetung pecah punca Jalan Syed Abdul Aziz berlubang — JKR Melaka


  • Primer
  • Rabu, 02 Okt 2024

Lubang jalan (gambar kiri) yang terjadi di satu lokasi dekat Melaka Raya dipercayai akibat kegagalan culvert di tapak yang didakwa berpunca daripada muatan yang lebih melalui jalan itu

JABATAN Kerja Raya (JKR) Melaka menafikan berlakunya kejadian tanah mendap di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, Melaka, pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarahnya, Ir Mohamad Salzeli Mokhtar, berkata, insiden lubang selebar satu meter, panjang 3.5 meter dengan kedalaman 1.7 meter itu berpunca daripada pembetung kekotak yang pecah.

"Keadaan itu berlaku apabila kegagalan culvert di tapak yang didakwa berpunca daripada muatan yang lebih melalui jalan itu.

"Kita akan segera melakukan kerja-kerja pembaikan di jalan persekutuan itu bagi tempoh jangka pendek dan panjang," katanya pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas komando dedah bahayanya peluru, roket, misil yang sudah 'expired'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sampai kiamat kita sendiri', bapa terkorban nahas pesawat terhempas tidak lemahkan semangat Perajurit Muda Indiran

Tambah Salzeli lagi, jabatan itu juga akan membuat laluan kontra menggunakan jalan bersebelahan selain mengehadkan muatan sehingga 10 tan sahaja bagi menggelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Kita juga akan buat permohonan peruntukan segera daripada Ibu Pejabat JKR untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan kekal demi keselamatan pengguna, " ujarnya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan satu kejadian jalan berlubang besar menyerupai insiden lubang benam atau 'sinkhole' dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan akaun Facebook, Melaka Explorer menerusi satu hantaran pada Rabu.

Kejadian itu juga dipercayai telah mengakibatkan sekurang-kurangnya dua penunggang motosikal cedera ketika cuba mengelak daripada terjunam ke dalam lubang sedalam 1.7 meter itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram