[VIDEO] Perselisihan faham punca 7 dicekup bergaduh dekat premis hiburan di Skudai


  • 112
  • Selasa, 09 Jan 2024

Tangkap layar sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan premis sebuah pusat hiburan dekat Taman Sutera Utama, Skudai, Johor baru-baru ini.

TUJUH lelaki ditahan selepas terlibat dengan pergaduhan di hadapan premis sebuah pusat hiburan dekat Taman Sutera Utama, Skudai, Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkenaan kejadian melalui orang awam.

"Siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada pukul 1.50 pagi Sabtu lalu.

"Pergaduhan itu dipercayai berlaku ekoran daripada perselisihan faham," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI : Upgrade segera sistem 'sampah' IDME atau lantik golongan siswazah masukkan data pelajar

Tambahnya lagi, polis berjaya menahan tujuh orang suspek warga tempatan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular satu video sejak Isnin memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat hiburan.

Melalui video berdurasi kurang seminit kelihatan beberapa orang lelaki membaling kerusi ke arah satu sama lain sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram