Bintang X-Men: Days Of Future Past, Fan Bingbing dikhabar jalani penggambaran filem di Alor Setar


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Okt 2024

Fan Bingbing dipercayai berada di Alor Setar Kedah bagi menjalani penggambaran filem.

BINTANG filem China, Fan Bingbing, 46, dijangka bakal menjalani sesi penggambaran filem di Alor Setar, Kedah tidak lama lagi.

Pelakon yang juga merupakan Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 itu dipercayai berada di sekitar lokasi terbabit bagi membintangi filem arahan pengarah tempatan, Chong Keat Aun.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsiannya di laman aplikasi Weibo baru-baru ini yang memaparkan aktres cantik manis itu seolah-olah berada di kawasan sawah padi.

BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL

BACA LAGI: 'This is ours Malaysia', pelakon Siti Saleha ranggul anugerah Bintang Asia Terbaik di Seoul

Beberapa warga maya di ruangan komen menyatakan bahawa ia merupakan sebuah lokasi di kampung halaman mereka di Alor Setar, Kedah.

Dalam pada itu, Fan Bingbing juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.

Pada 2017, Bingbing menghiasi kulit majalah Time dan turut dinamakan sebagai antara 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia.

6332273419722276380

6332273419722276379

Perkongsian Fan Bingbing di laman aplikasi Weibo dipercayai berada di kawasan padi Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, beberapa lokasi di ibu negara dipercayai menjadi salah satu babak lakonan dalam filem produksi antarabangsa Marvel iaitu Thunderbolts.

Pelakon Hollywood, Florence Pugh mengesahkan perkara itu apabila merakamkan babak terjun dari udara di bangunan Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Sementara itu, barisan pelakon terkenal Hong Kong, Eric Tsang, Bobby Au-yeung dan Edmond So difahamkan turut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram