SEGELINTIR guru menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah Sistem Pengurusan Identiti (IDME) yang dilihat masih tidak diselesaikan apabila laman web berkenaan masih tidak boleh diakses dengan baik sejak ia dilancarkan.
Pada masa sama, sistem itu juga dilihat masih gagal diakses pada waktu tertentu.
Perkara tersebut turut diluahkan sorang guru di laman Facebook Pendakwah Teknologi (PT) pada Selasa.
"Tuan Pendakwah Teknologi, mohon ketengahkan isu laman web KPM https://idme.moe.gov.my/login yang setiap tahun asyik hang (lembab). Tiada penambahbaikkan untuk naik taraf server.
"Isi markah setiap murid ambil masa selama empat minit dan satu kelas mempunyai 40 orang pelajar," katanya.
Tambahnya lagi, cikgu terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengisi data tersebut.
"Purata cikgu yang mengajar enam kelas mengisi sebanyak 240 data pelajar dan mengambil masa sehingga 40 jam kalau dikira kembali. Data tersebut pula perlu disiapkan sebelum akhir bulan Januari ini.
BACA LAGI: 'Selesai dulu isu asas', rumah pelacuran bukan solusi tangani kes rogol seperti dicadang Rosyam Nor
Rata-rata golongan pendidik meluahkan kekecewannya terhadap IDME kerana sistem itu masih gagal. — Gambar Hiasan
"Kami guru-guru sudah dua tahun ketengahkan isu ini dan tiada penambahbaikkan. Perlu PT tularkan isu ini baru KPM nak atasi masalah ini," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan pendidik menghadapi masalah yang sama dan turut meminta KPM menyelesaikan isu tersebut.
Seorang guru, Saladin turut meluahkan kekecewannya kerana sistem itu masih gagal.
"Saya sendiri hadapi masalah yang sama. Mengecewakan dan menyakitkan hati. Sangat membuang masa guru. Sistem sampah," katanya.
Seorang pengguna media sosial, Niss Safiyy pula berpendapat golongan pendidik tidak perlu dibebabkan dengan pengisian data tersebut dan fokus untuk mengajar.
"Lantik siswazah yang masih mencari kerja untuk menguruskan semua sistem data yang KPM perkenalkan.
"Guru fokus mengajar dan mendidik saja. Barulah itu dinamakan kurangkan beban guru," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Mohd Kamaruddin turut meluah sistem IDME berkenaan hanya membebankan guru selepas melihat bapa saudaranya yang mengadu mengenai sistem itu.
"Pak Su saya yang bekerja sebagai guru, memang selalu mengadu. Jika sistem tergendala ketika mengisi maklumat, memang kena isi dari mula. Menyusahkan pihak pengajar, tolong mantapkan lagi sistem pelayaran IDME ini," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram