Asalnya melukis elak bosan ketika PKP, karya pensyarah UTM kini paling murah berharga RM3,000


  • Bizz
  • Isnin, 30 Sep 2024

Abdul Hamid kembali melukis sepanjang tempoh PKP dan menghidupkan kembali minat yang diketepikan selama berdekad-dekad.

NIAT asalnya hanyalah untuk mengilangkan rasa bosan di rumah tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan penularan Covid-19, empat tahun lalu.

Daripada melukis sekadar suka-suka, Abdul Hamid Mohamed, 75, kini menjadikan aktiviti itu sebagai salah satu sumber pendapatannya.

Profesor Adjung dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur ini sama sekali tidak menyangka bahawa hobi santai tersebut menyemai tujuan baharu ketika meniti tahun-tahun persaraannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Perak dilanda 'demam' Ayam Goreng Furaido, hampir 3,000 ketul terjual setiap hari

BACA LAGI: [VIDEO] Anak murid Sang Tukang, Jassica permata Sabah dalam dunia ultra marathon, pewaris seni perhiasan tembaga

Photos of 75 year-old Abdul Hamid Mohamed, a senior citizen self taught artist who picked up art during the pandemic. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Abdul Hamid gemar melukis lukisan berkonsepkan abstrak, separa abstrak dan impresionisme, selain menerokai seni landskap untuk mengelakkan kebosanan.

“Sepanjang berada di dalam rumah semasa pandemik pada 2020 memberi inspirasi kepada saya untuk beralih kepada seni sebagai satu terapi.

"Memandangkan tidak boleh keluar semasa PKP, saya mula melukis di pintu pagar dan dinding rumah sehingga pada akhirnya, saya memutuskan untuk melukis di atas kanvas.

“Seni merupakan salah satu mata pelajaran kegemaran saya di sekolah. Walaupun subjek seni yang diajar di sekolah rendah ketika itu hanya asas sahaja, saya menikmatinya kerana dapat mengekspresikan kreativiti saya,” katanya yang dilahirkan di Temerloh, Pahang dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan.

Photos of 75 year-old Abdul Hamid Mohamed, a senior citizen self taught artist who picked up art during the pandemic. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Hasil karya beliau turut mendapat perhatian daripada rakan-rakannya.

Meskipun bermula sebagai hobi semasa pandemik, hasil karya beliau turut mendapat perhatian daripada rakan-rakannya, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk membeli.

Beliau mengakui terkejut dengan sambutan diterima, sehingga ada yang menggalakkannya untuk mengadakan pameran.

"Saya tidak tahu pun bagaimana hendak menggantung lukisan, apatah lagi menguruskan pameran,” selorohnya dengan nada suara yang lembut.

Selepas PKP tamat, bapa kepada tiga orang anak ini memutuskan untuk meningkatkan kemahiran seninya.

Beliau mendapatkan bimbingan daripada pelukis profesional, melawat studio dan melibatkan diri dalam acara pameran seni kreatif.

“Saya mula belajar teknik lukisan dan mendapat banyak tip daripada rakan-rakan saya yang juga peminat seni, selain menyertai beberapa kumpulan di media sosial dan berkawan dengan pelukis dari pelbagai negara.

Photos of 75 year-old Abdul Hamid Mohamed, a senior citizen self taught artist who picked up art during the pandemic. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Melukis memberikan satu kepuasan dan kegembiraan buat tenaga pengajar di UTM Kuala Lumpur ini.

Selepas kira-kira dua tahun berlatih, beliau memberanikan diri untuk mengadakan pameran seni pertama di sebuah galeri seni di Petaling Jaya, Selangor, bersama tujuh pelukis profesional.

Mempamerkan 15 hasil seni dalam pelbagai saiz, Abdul Hamid tidak menyangka dirinya berhasil menjual 13 karya melalui pameran itu.

"Saya benar-benar rasa terdorong dan termotivasi dan kini melukis adalah minat serta kerjaya baharu untuk mengisi hari-hari persaraan saya,” jelasnya sambil memberitahu dirinya kini mempunyai hampir 60 lukisan yang dijual pada harga antara RM3,000 dan RM6,000.

Gaya pilihannya termasuk lukisan bersifat abstrak, separa abstrak dan impresionisme, dengan sesekali beliau cuba menerokai seni lukis landskap untuk mengelakkan kebosanan.

ONLINEAbdul Hamid (centre) finds fulfillment in sharing experiences with his students. — ABDUL HAMID MOHAMED

Abdul Hamid (duduk tengah) kini berkhidmat sebagai pensyarah di AHIBS UTM.

"Akrilik di atas kanvas adalah medium kegemaran saya walaupun kadang-kadang saya menggunakan minyak, cat air dan media campuran.

"Saya mendapat ketenangan, kebahagiaan dan kebebasan berekspresi dalam karya saya, yang dimotivasi oleh alam semula jadi dan persekitaran.

"Karya saya adalah ekspresi pemikiran dalaman tentang apa yang saya lihat dan yang menggerakkan saya," ujarnya.

Terus belajar

Abdul Hamid memulakan kerjayanya sebagai pensyarah komunikasi massa di Institut Teknologi Mara, Shah Alam, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1975. Selepas lapan tahun, beliau menyertai stesen TV3 di Petaling Jaya, sebagai ketua jabatan pemasaran.

Pada 2001, beliau kembali ke bidang akademik dan berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, (AHIBS) UTM. Beliau masih mengajar jurusan pemasaran strategik kepada pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Abdul Hamid sangat menantikan kuliah MBA hujung minggunya dan merasakan kepuasan saat berkongsi pengalaman dengan pelajar.

“Memandangkan saya mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat, perniagaan antarabangsa dan keusahawanan, berkongsi dan menyampaikan pengetahuan adalah amat memuaskan. Kita tidak seharusnya menyimpan ilmu untuk diri sendiri, tetapi berkongsilah dengan generasi muda.

For Abdul Hamid (left), physical activity isn't just about staying fit. It's a holistic approach to enhancing cognitive function and social connections. — ABDUL HAMID MOHAMED

Abdul Hamid (kiri) gemar bermain golf dua kali seminggu, dalam usahanya untuk kekal aktif.

“Kebanyakan pelajar MBA saya adalah individu yang matang, profesional dari pelbagai industri.

"Oleh itu, mengendalikan kelas dan terlibat dalam kajian kes serta perbincangan dengan mereka menjadi mencabar dan menarik. Saya belajar daripada mereka sama seperti mereka belajar daripada saya.

“Landskap media, pengiklanan dan pemasaran berubah dengan ketara selama bertahun-tahun, sentiasa berkembang dengan kemunculan teknologi, begitu juga dengan pendidikan,” kata pemegang Ijazah Sarjana Seni (Komunikasi) dari Universiti Negeri Michigan, Michigan, Amerika Syarikat.

Abdul Hamid dalam pada itu turut menasihatkan golongan pesara seusianya agar tidak teragak-agak untuk mencipta hobi atau aktiviti baharu.

“Pada usia ini, saya kehilangan ramai rakan. Setiap dua tahun, alumni sekolah saya dari 1966 dari Kolej Sultan Ismail di Kota Bharu mengadakan perjumpaan, dan saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.

"Walaupun kini sudah bersara, saya masih belum bersara daripada kehidupan. Warga emas harus menjaga diri mereka dan cuba sibukkan diri dan aktif secara sederhana.

"Bertemu rakan sekolah lama atau rakan sekerja sambil menikmati secawan kopi atau makan tengah hari adalah sesuatu yang juga berharga,” jelas Abdul Hamid, yang bermain golf dua kali seminggu. — The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram