KECINTAAN Wan Noorazhardy Wan Ismail, 42, terhadap kraf kulit bermula sejak sedekad lalu selepas pereka grafik itu membeli sepasang sandal kulit gladiator buatan tangan.
Kehalusan hasil kerja sandal tersebut berjaya menarik minat lelaki Kelantan ini terhadap kraf kulit, sehingga mendorongnya untuk mencuba menghasilkan produk kulit sendiri.
Langkah pertama diatur dengan memulakan perkenalan bersama pembuat sandal kulit gladiator berkenaan.
BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan
Wan Noorazhardy menemui inspirasi dan kegembiraan dalam perjalanan pembuatan kulitnya.
“Kami kemudian menjadi kawan dan lama-kelamaan saya tertarik untuk mempelajari kraf kulit dengan lebih lanjut.
"Saya membeli sekeping kulit sebesar saiz A4 dan berjaya hasilkan sarung telefon pintar yang ringkas menggunakan gunting, paku, jarum dan benang. Itulah produk pertama saya,” kata Wan Noorazhardy, 41, yang tinggal di Kota Bharu.
Tanpa disedari, karya pertamanya, sarung telefon pintar telah menyalakan semangat terhadap kraf kulit yang akhirnya membawa Wan Noorazhardy memulakan usaha kreatifnya yang sederhana tetapi berkembang maju.
Ceritanya, pada 2015, dia menyertai sebuah komuniti kecil penggemar kraf kulit dari Pantai Timur.
Wan Noorazhardy memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha pembuatan kulit di bawah jenama Herdy Leathercraft.
"Komuniti ini berfungsi sebagai platform untuk para pengrajin (golongan kraftangan) berkongsi idea, teknik dan juga pembekal.
"Suasana kolaboratif tersebut menguatkan lagi minat, lebih membanggakan ketika itu saya mula menerima tempahan daripada rakan-rakan dan kenalan.
"Untuk meningkatkan pengetahuan, saya menggunakan platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan Facebook,”
Memasuki tahun 2017, Wan Noorazhardy mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pereka grafik bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha pembuatan kulit di bawah jenama Herdy Leathercraft.
Wan Noorazhardy turut menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian untuk pelanggannya memiliki barangan unik yang mencerminkan keperibadian mereka.
Sebelum benar-benar komited dengan pembuatan kulit, Wan Noorazhardy melakukannya secara sambilan ketika bekerja sebagai pereka grafik di sebuah firma pengiklanan.
Saya kemudian beralih ke arah menjalankan perniagaan dari rumah sepenuh masa, pada 2017.
"Ia adalah satu langkah besar, tetapi saya membuat perubahan kerjaya kerana minat yang mendalam terhadap pembuatan kulit.
“Sebelum bekerja sebagai pereka grafik, saya pernah mencuba perniagaan lain seperti menjalankan kedai runcit, kafe siber dan menjual herba. Jadi saya tidak kisah mencuba profesion baharu.
“Mengejar minat adalah penting kerana apabila anda melakukan apa yang disukai, anda akan menjadi mahir dalam bidang tersebut," ujarnya yang kini menetap di Kota Bharu.
Dalam pada itu, Wan Noorazhardy berkata, dia turut berdepan cabaran dalam mencari langkah untuk bersaing dan mengekalkan perniagaannya.
Bag kulit premium antara produk buatan tangan yang dihasilkan Wan Noorazhardy. — Instagram/herdyleathercraft
Jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu, sesetengah usahawan mungkin bersaing dari segi harga, tetapi lelaki itu lebih mementingkan usaha untuk mengekalkan kualiti produk.
"Jika kualiti diutamakan, anda akan mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baharu,” kongsi Wan Noorazhardy, yang mengkhususkan penghasilan dompet buatan tangan, sarung buku nota dan beg tangan dengan harga bermula dari RM30.
Cabaran dari segi persaingan membawa Wan Noorazhardy mencari kelainan dengan menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian.
Katanya, peminat sering menghargai keunikan dan seni pembuatan tangan. Justeru dia turut menawarkan pengubahsuaian dalam reka bentuk, saiz, jenis kulit dan warna serta aksesori yang digunakan dalam sesuatu barangan.
“Barang-barang tempahan khas saya akan menjadi lebih istimewa untuk pelanggan saya," tuturnya.
Wan Noorazhardy mengakui, cabaran yang datang sama sekali tidak akan melunturkan semangat dirinya untuk berjaya, sebaliknya perkara itu yang akan membuatkan dia terus bergerak ke hadapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram