Populariti semakin menurun, Tupperware sedia fail bankrap minggu ini


  • Bizz
  • Rabu, 18 Sep 2024

Populariti bekas makanan jenama Tupperware semakin merudum.

JENAMA Tupperware serta beberapa anak syarikatnya memfailkan permohonan perlindungan daripada kebangkrapan selepas berdepan penurunan jualan bekas makanan plastik berwarna.

Laporan mendapati yang syarikat itu melanggar syarat dalam hutang-hutangnya serta mendapatkan khidmat daripada penasihat kewangan.

Permohonan untuk perlindungan itu bermula apabila syarikat tersebut mempunyai hutang melebihi RM2.9 bilion ($700 juta).

BACA LAGI: Isteri mengandung susah cari kerja, 'Abang Lori' nekad berniaga nasi lemak belakang bonet kereta

BACA LAGI: Bermula dengan lembu kacuk Kedah-Kelantan, bekas pemain TRW mahu jadikan Bachok hab lembu sado

Bekas makanan plastik yang berwarna keluaran Tupperware itu sering menjadi pilihan ramai dan begitu popular selama beberapa dekad terutamanya dalam kalangan wanita.

Namun begitu, jualannya mula berkurang apabila dunia berdepan dengan pandemik Covid-19.

Ini disebabkan ramai pengguna atau pembeli menghabiskan masa di rumah akibat perintah kawalan pergerakan selain kemunculan bekas kedap udara yang mula menjadi pilihan ramai.

Tupperware juga berdepan masalah pasca pandemik apabila kos bahan mentah seperti plastik resin, serta buruh dan pengangkutan turut menjejaskan margin perolehan syarikat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram