DALAM langkah untuk menyerlahkan gastronomi kulinari Johor yang memiliki kepelbagaian tersendiri, Tourism Johor mendedahkan rancangan mereka untuk menganjurkan Anugerah Makanan Majestic Johor tahun depan.
Pengarah Pelancongan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, program tersebut yang dijadualkan pada 22 Februari 2025 dijanjikan untuk menjadi jamuan yang menarik, meraikan hidangan gastronomi terbaik negeri itu.