KECOH apabila sekumpulan warga asing didakwa melakukan aktiviti riadah dan mandi kolam di sebuah bangunan hotel terbiar di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Rakaman video tular itu mendapat perkongsian ramai warganet di laman sosial dengan rata-ratanya menggesa agar pihak berkuasa tampil menjalankan siasatan.
Namun, hasil serbuan dilakukan, polis daerah Johor Bahru Selatan mengesahkan kehadiran mereka adalah untuk melaksanakan kerja-kerja membuang air kolam renang di hotel terbiar itu yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik.
BACA LAGI: [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, 2 remaja lemas ketika bermandi-manda di Air Terjun Jami
BACA LAGI: [VIDEO] Terperanjat disaman anggota Majlis Bandaraya Diraja Klang tak sampai sesaat parkir kereta
Menurut Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, sepasukan Polis dari Unit Rondaan Sektor (URS) Balai Polis Central bersama cawangan (D9) Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS melakukan pemeriksaan di kawasan itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun adalah majikan serta 15 lelaki warga asing berumur lingkungan 22 hingga 43 tahun di bangunan itu merupakan pekerja buruh binaan kepada sebuah syarikat tempatan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua pekerja itu mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan diri yang sah serta tidak menyalahi undang-undang.
"Pekerja asing terbabit sedang menjalankan kerja pembuangan air kolam renang kerana terdapat banyak nyamuk dan jentik-jentik,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram