[VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, 2 remaja lemas ketika bermandi-manda di Air Terjun Jami


  • Benua
  • Ahad, 14 Jul 2024

Kedua-dua remaja berkenaan ditemui di kedalaman lima meter. — Agensi

KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja di Indonesia bermandi-mandi bertukar tragedi selepas dua meninggal dunia akibat lemas pada Ahad.

Memetik laporan Detik.com, sekumpulan remaja berkenaan dilihat sedang beriadah bersama-sama sambil menikmati keindahan air terjun yang terletak di Air Terjun Jami, Kabupaten, Indonesia.

Rakaman tersebut menunjukkan mereka sedang bermain keriangan sebelum dua rakan mereka hilang ditelan air.

BACA LAGI: [VIDEO] Terperanjat disaman anggota Majlis Bandaraya Diraja Klang tak sampai sesaat parkir kereta

BACA LAGI: Angkara terlalu lapar, remaja berbuih mulut termakan biskut dicampur racun di Kemaman

Mangsa yang terkorban adalah gadis bertudung putih dan hitam dalam video berkenaan.

Menurut laporan, kedua-dua mangsa itu dikenali sebagai Tazkiyah Wulandari dan Salsabirah Azzahra Allisa, masing-masing berusia 17 tahun.

Difahamkan, pasukan keselamatan terlebih dahulu menemui jasad Salsabila, tidak lama kemudian barulah Tazkiyah ditemukan.

Kedua-dua mangsa yang ditemui di kedalaman lima meter itu dipercayai terperangkap di celah batu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram