TULAR di media sosial seorang lelaki yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila disaman oleh anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBdK) baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran dikongsikan di laman threads pada pada Ahad, lelaki berkenaan mendakwa dirinya disaman secara tiba-tiba ketika baru sahaja meletakkan kenderaan di kawasan parkir berkenaan.
Menurutnya, tindakan itu dibuat tidak sampai sesaat dia memarkir kereta miliknya di sebuah lokasi di Klang, Selangor.
BACA LAGI: Angkara terlalu lapar, remaja berbuih mulut termakan biskut dicampur racun di Kemaman
Malah, lelaki berkenaan juga masih di dalam kenderaan serta belum sempat mematikan enjin ketika disaman.
"Apa salah aku ni? Baru masuk parking, ni kena bayar sebelum sampai Bandar ke macam mana? MP Klang (MBdK) pula tak layan bila minta akta untuk bayar parking," tulisnya di laman sosial terbabit pada Ahad.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya turut tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa berkenaan.
"Setahu saya, bila ada orang dalam kereta, pihak berkuasa tak boleh saman, ni Namanya terpaling berkuasa, terpaling banyak dapat kutip duit orang,"kata eyraaa_96.
"Kenapa tak tegur pihak berkuasa tu, tak boleh saman macam tu saja,"kata pdniagagrafik.
"Memang ramai macam tu dekat Klang, sengaja nak cari duit lebih,"kata Akim.
Belum ada kenyataan MBdK berhubung dakwaan lelaki itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram