KESENGSARAAN seorang penghuni kediaman di Taman Surian, Seremban, Negeri Sembilan berterusan apabila masih tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap jirannya yang didakwa mengubah suai rumah tanpa permit sah sejak 2022.
Meskipun pernah mendapat perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini, namun rumah ala istana itu masih teguh berdiri dan telah mengakibatkan pelbagai kerosakan pada kediaman jirannya.
Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok @halimsan06 pada Jumaat, yang tampil menjelaskan situasi dihadapi selepas lebih dua tahun kes itu dikatakan 'tergantung tidak bertali'.
BACA LAGI: [VIDEO] Ubah suai kediaman flat sampai meter air jiran duduk dalam rumah
Katanya, pihak juru ukur dari Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah datang untuk memantau lokasi dan kerosakan dialami namun, masih tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap penghuni rumah terbabit setakat ini.
@halimsan06 Replying to @yopkgbaru update 27/09/2024 @SPRM Malaysia @mbseremban @pdrmsia_rasmi ♬ original sound - Halim Hassan
Lebih parah apabila pemilik kediaman itu enggan membayar ganti rugi segala kerosakan dihadapi dan menuduh ia sekadar perkara yang direka-reka.
Terdahulu, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April 2022.
Pihak terbabit dalam pada masa sama dilaporkan telah mengeluarkan sebanyak tiga notis mengarahkan pemilik bangunan untuk menghentikan pengubahsuaian tersebut pada Jun 2023.
Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang arahan ataupun kerja meroboh dilakukan dengan jirannya turut menggesa agar rumahnya diberikan ganti rugi atas kerosakan dialami. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram