[VIDEO] Anak lelaki mangsa tanah jerlus kembali ke Malaysia jalankan ritual terakhir buat ibu


  • Tular
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Suria melakukan upacara dan penghormatan terakhir buat ibunya pada 23 September lalu.

ANAK kepada wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu, kembali semula ke negara ini, baru-baru ini.

M Suria, 25, anak kepada mangsa, G Vijayalakshmi, 48, melakukan upacara keagamaan dan penghormatan terakhir buat ibunya di lokasi tanah mendap itu.

Mengikut tradisi Hindu, penyempurnaan tempoh 30 hari melibatkan beberapa ritual dan Suria kembali ke lokasi tersebut untuk melaksanakan upacara itu.

BACA LAGI: Loji IWK Pantai Dalam lokasi harapan terakhir temukan mangsa terjerumus lubang Masjid India

BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India

Upacara yang dilakukan pada 23 September lepas turut dikongsikan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @sarvaessrashbinrajappa pada Rabu lalu.

“Ammavukku iruthi mariyatai sekirar (penghormatan terakhir untuk ibu)," katanya menerusi video tersebut.

Klip itu menunjukkan Suria mencampakkan plastik yang berisi kalungan bunga ke dalam lubang sedalam lapan meter tersebut semasa upacara akhir.

Momen menyentuh emosi itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meninggalkan komen tanda bersimpati atas nasib yang menimpa pemuda berkenaan.

"Inilah seorang anak yang sentiasa mentaati ibunya. Kita pun turut sedih atas kejadian tersebut," kata @Anak2 Mak Rose.

"Hati anak manda yang tidak sedih, jasad ibu entah ke mana, kematiannya tiada pusara, siapa pun tidak boleh tenang.

"Hanya kekuatan hati menguasai diri. Sabarlah ya, kita doakan yang baik-baik untuk ibu anda," tulis Alisha Ali rahat.

Untuk rekod, keluarga mangsa dilaporkan pulang ke India pada 7 September lalu selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa 'search and recovery'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram