PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya (DBKL) mengucapkan takziah kepada keluarga wanita yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
"Pagi ini, saya arahkan DBKL untuk mengucapkan takziah kepada keluarga ibu muda ini yang masih belum ditemui. Kami merakamkan rasa simpati," kata Anwar pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Hadir sama, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
BACA LAGI: Alternatif bersalin dalam air kini jadi 'trend', kurang risiko koyakan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang di Jalan Masjid India memasuki hari ketiga selepas ditangguhkan pada Sabtu malam kerana kekurangan petunjuk baharu.
Sebelum ini, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India.
Selain itu, Anwar turut mengulas soal Putrajaya yang akan bekerjasama dengan negara lain untuk membawa lebih ramai rakyat Palestin ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan perubatan.
“Jika ada keperluan, kita akan berbincang. Buat masa ini kita layan mereka dulu. Masih terlalu awal,” kata Anwar selepas majlis di Masjid Wilayah Persekutuan.
Anwar juga kelihatan tidak terpengaruh dengan pihak yang mengkritik tindakan Putrajaya merawat rakyat Palestin di Malaysia.
“Itu modal politik mereka, mereka tidak buat apa-apa kerja. Saya rasa mereka berasa terkilan dan itulah sebabnya mereka membuat pelbagai penghinaan,” tambah Anwar.
Tindakan merawat 41 rakyat Palestin yang cedera di Malaysia mendapat pandangan bercampur-campur daripada rakyat Malaysia apabila ada yang menyokong manakala yang lain mengkritik dengan menggelarnya sebagai bukan keutamaan negara. — The Star/ TARRENCE TAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram