KL masih selamat, laporan geologi dan bawah permukaan siap lagi 3 bulan — NRES


  • Primer
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Suasana Jalan Masjid India selepas kejadian tanah jerlus pada Ogos lalu.

ORANG ramai khususnya penduduk setempat di ibu kota usah gusar dengan keadaan semasa Kuala Lumpur selepas Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengesahkan bahawa ia selamat untuk dihuni.

Kumpulan Task Force Struktur Tanah Masjid India yang diterajui oleh Dewan Bandaraya Kuala (DBKL) mendapati lubang benam yang meragut nyawa seorang warga India berusia 48 tahun pada Ogos lalu berpunca daripada beberapa faktor seperti aktiviti manusia, cuaca dan hakisan lapisan tanah tambak di bawah permukaan.

Menerusi satu laporan dikeluarkan pada Sabtu, NRES turut menambah bahawa laporan teknikal khas berhubung struktur geologi dan bawah permukaan akan disediakan oleh pasukan petugas itu dalam tempoh tiga bulan.

BACA LAGI: DBKL sita gerai haram beroperasi selama 2 dekad di Jalan Langkawi

BACA LAGI: TikTokers diberi amaran polis jauhi kawasan tanah jerlus di Masjid India

"Secara amnya kementerian mengatakan Kuala Lumpur selamat, tetapi aspek pemantauan dan prosedur tertentu diperlukan untuk siasatan dijalankan ke atas struktur bangunan di bawah permukaan.

“Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang mengemaskini data struktur bawah tanah di sekitar Lembah Klang. Ini melibatkan 10 PBT melalui Pemetaan Bawah Permukaan Geologi Greater KL," kenyataan itu pada Sabtu.

Tambah NRES, mereka akan melengkapkan maklumat sedia ada mengenai Kuala Lumpur yang diperoleh melalui projek 3DKL.

“JMG menggunakan radar penembusan tanah (GPR) untuk mendapatkan gambaran strata geologi dan sistem utiliti di bawah kawasan kejadian untuk proses pemulihan keseluruhan oleh pihak bertanggungjawab.

“Kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang spekulasi yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai keselamatan permukaan di bawah Kuala Lumpur dan hanya mendapatkan maklumat yang betul daripada pihak berkuasa mengenai sebarang bencana geologi," jelasnya.

Pada 31 Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengumumkan operasi mencari dan menyelamat wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang hilang akibat terjatuh ke lubang sedalam 8 meter (m) di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu dihentikan selepas sembilan hari dilaksanakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram