SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia dalam longkang di Jalan Nagasari Seksyen 36, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.12 pagi.
Menurutnya, pihak bomba kemudian menemui seorang lelaki tidak berpakaian dan hanya mengenakan seluar dalam serta tidak sedarkan diri di dalam longkang tersebut.
BACA LAGI: 'Rasa macam adiwira', jurukimpal tubuh Pasukan Bomba Sukarela jamin keselamatan penduduk Rawang
BACA LAGI: Bomba kesan 'backlog’ 15 meter di lokasi tanah jerlus Masjid India, usaha rungkai 'sekatan'
“Anggota melakukan penyelamatan dengan turun menggunakan tangga dan memberi bantuan pernafasan (CPR) sehingga ambulans tiba di lokasi kejadian.
“Penolong pegawai perubatan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau menjelaskan, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang identiti dijumpai bersama mangsa.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram