[VIDEO] Sanggup buat video cakap bahasa Melayu, polis Thai gigih terangkan tip penting memandu khas untuk pelancong Malaysia


  • Massa
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang anggota polis Thailand yang memberi penjelasan tentang kepentingan lesen memandu buat pelancong Malaysia.

SEMPADAN Thailand semangnya tidak pernah putus dengan kunjungan rakyat Malaysia terutamanya ketika musim percutian.

Memandangkan perjalanan dari Malaysia ke Thailand tidak memakan masa yang lama seperti negara lain, ada sesetengah individu mengambil keputusan untuk memandu kereta atau menunggang motosikal.

Ada juga di antara mereka bertindak membawa masuk kenderaan sendiri dari Malaysia kerana lebih mudah lebih-lebih lagi bagi yang tinggal berdekatan dengan kawasan sempadan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'ALLAH pasti ganti yang lebih baik', ramai doakan bapa Al Fateh kuat hadapi dugaan hidup

BACA LAGI: [VIDEO] Teluk Kemang jadi Teluk 'Khemah Biru', ramai gesa PBT ubah strategi elak cacatkan pemandangan

Namun, terdapat beberapa perkara perlu diteliti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingin berlaku ketika bercuti.

Susulan itu, seorang anggota polis Thailand mengambil pendekatan memberi panduan kepada pelancong Malaysia agar sentiasa membawa lesen memandu bersama sepanjang berada di negara itu.

Lebih istimewanya apabila anggota tersebut berusaha menyampaikan mesej itu dengan menggunakan bahasa Melayu.

"Ramai yang tanya saya cara guna lesen Malaysia di Thailand. Sekarang lesen Malaysia ada dua jenis iaitu digital dan kad.

"Jadi, kalau boleh simpan lesen digital dalam telefon pintar dan bawa dalam bentuk kad juga sebagai persediaan.

"Kalau lesen digital pula, awak semua boleh print (cetak) sendiri dan bawa sahaja kalau memandu kereta atau motosikal di sini," katanya denga pertuturan seakan dialek Kelantan.

Menurutnya, ia merupakan perkata penting untuk seluruh pemilik kenderaan warga Malaysia sekiranya ditahan oleh polis trafik Thailand.

Video itu sekali gus meraih perhatian warga maya dan dipuji kerana memberi pencerahan yang jelas buat warga Malaysia.

"Terima kasih atas pencerahan pihak tuan," komen @bckupacc99.

"Kagum dengan usaha dia cuba cakap bahasa Melayu, mudah orang Malaysia nak faham," tulis @kshsyia.

Namun, ada juga yang menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan negara itu terutamanya apabila melibatkan isu parkir.

"Walaupun ada lesen, kita tetap tak boleh parkir suka hati sebab peraturan tak sama," pesan @RuzAyub. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram