'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on


  • Hiburan
  • Isnin, 15 Jan 2024

Putera Mateen dan Dayang Anisha pada Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei. — Instagram Putera Mateen

KISAH percintaan menambat hati seluruh negara, gambar Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah Adam sewaktu kecil kini mencuri perhatian ramai.

Bukan sahaja rakyat Brunei teruja mengenai perkahwinan pasangan diraja ini, malah rakyat negara jiran seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura sentiasa mengikut perkembangan terbaharu kedua-dua mereka.

Pada awalnya, Putera Mateen berkongsi gambar bersama pasangan tercintanya daripada kecil sehinggalah gambar persandingan.

BACA LAGI: Anisha Rosnah jadi pilihan hati Putera Mateen

photo_2024-01-15_13-53-33

Putera Mateen duduk di sebelah Dayang Anisha sewaktu masih kecil.

Lebih mengejutkan, hantaran yang dibuat di laman Instagramnya @tmski disukai hampir satu juta pengguna sejak dimuat naik pada Ahad.

Dianggap sebagai Wedding Of The Year, ramai menyifatkan pasangan mempelai diraja itu bagai pinang dibelah dua apabila masing-masing sama cantik sama padan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kedua pasangan diraja dengan mendoakan kesejahteraan mereka.

photo_2024-01-15_13-53-37

Putera Mateen dan Dayang Anisha dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei. — Instagram Putera Mateen

"Definisi jodoh memang tak ke mana," kata rz.hrsmann.

"Gambar terakhir waktu kecil adalah gambar yang paling comel saya pernah lihat," kata Nurmeenzuriefa.

"The love story of teman sepermainan," tulis rahmadani.danial.

"Judulnya, jodohku satu circle sejak dini," tulis pritandriyana.

"Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan keduanya dan berada dalam kehidupan yang terbaik bersama," tulis Sarimahibrahim.

Sebelum ini, wujud spekulasi menyatakan bahawa Putera Mateen dan Dayang Anisha merupakan sepupu jauh yang membuatkan mereka kenal sejak kecil lagi, termasuk keakraban yang terjalin di antara kedua keluarga mereka.

Tetapi sejauh mana kebenaran spekulasi itu tidak dapat disahihkan.

Pada Khamis lalu, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah secara rasmi menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar suami kepada pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram