
PESTA Air Sibu Jaya berpotensi membuka peluang ekonomi, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau kagum dengan kehadiran pengunjung ke pesta air itu yang lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.
“Saya difahamkan lebih 20,000 orang menghadiri Pesta Air Sibu Jaya termasuk penduduk dan mereka yang datang dari kawasan jauh seperti Bintulu.”
Adun Asajaya itu berkata, festival itu mampu membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
“Selain memberi manfaat kepada penduduk, ia juga menguntungkan usahawan tempatan,” tambahnya.
Acara itu menarik pengunjung daripada semua peringkat umur dan memberi peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama, ujarnya selepas melancarkan Pesta Air Sibu Jaya.
Beliau berkata, festival berkenaan merupakan satu-satunya pesta air di Sarawak yang serupa dengan Festival Songkran Thailand.
Beliau mengucapkan tahniah kepada AmCorp Bhd dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) kerana berjaya menganjurkan acara berkenaan.
Menurutnya, pesta tahun ini lebih baik daripada yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Amcorp, Azlan Baqee; Setiausaha Politik Premier Sarawak, William Anut; Pengerusi MDLBS, Sempura Petrus Ngelai dan setiausaha, Ng Siang Wei.
— The Star / ANDY CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram