Pengguna EV pening cari tempat cas atau cara bayar? Voltalitiy solusi terbaik tanpa perlu guna banyak aplikasi


  • Bizz
  • Khamis, 26 Sep 2024

Soh berkata, antara isu dihadapi industri EV adalah masalah pemecahan pasaran yang melibatkan kepelbagaian syarikat penyedia sistem pengecasan. — Agensi/Gambar hiasan

KETIKA ekosistem kenderaan elektrik (EV) berkembang pesat, terdapat cabaran yang perlu ditangani bagi memenuhi keperluan pasaran terbabit yang berkembang maju.

Pemecahan atau fragmentation pasaran, isu ketersambungan rangkaian perayauan atau roaming, kekurangan platform perkongsian dalam kalangan pengguna EV adalah beberapa halangan wujud dan berpotensi menjejaskan pertumbuhan pasaran tersebut.

Melihat kepada cabaran dihadapi, Kristoffer Jacek Soh, yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Beep memberitahu StarBizWeek, ketika ini, pengendali pengecasan di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan sistem pengurusan pengecasan, perkakasan dan kaedah pembayaran yang berbeza untuk menguruskan perkhidmatan masing-masing.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Beep, syarikat pemula yang diasakan pada 2018 dan berpangkalan di Singapura mula beroperasi bagi membantu pengendali mesin layan diri memodenkan mesin mereka dan menawarkan transaksi tanpa tunai serta sambungan dalam talian.

Pada 2021, syarikat itu memasuki perkhidmatan infrastruktur EV melalui anak syarikatnya Voltality.

Beep co-founder and CEO Kristoffer Jacek Soh.

Pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Beep, Kristoffer Jacek Soh.

Soh berkata, sejak 2023, lebih banyak pemain seperti Kineta, ChargeSini, Carput Zap, JusEV, EVPower, EVlution, KuroEV, Time Charge N Go, Rexharge, Powered by Rise, Flexi EV Charging, EV Guru dan EVPlus Mobility memasuki pasaran untuk memberi tumpuan pada segmen berbeza.

“Walaupun pemain terbesar seperti Gentari dan ChargEV masing-masing mempunyai 400 atau lebih titik pengecasan, kebanyakan pemain lain juga mempunyai antara 10 hingga 400 atau lebih menyebabkan peningkatan pemecahan dalam pasaran.

“Ini sama dengan pemerhatian kami terhadap pasaran di Singapura dan Thailand, terdapat 30 atau lebih pengendali di setiap negara dengan pengendali terbesar mempunyai tidak lebih daripada 20 peratus jumlah penguasaan dalam pasaran.

“Ciri-ciri baharu yang sedang dibina seperti tempahan dan penalti lebihan tinggal/melahu (idling) biasanya tidak diselaraskan antara setiap pengendali pengecasan, menyebabkan masalah untuk mengekalkan sambungan rangkaian perayauan.

"Ini mengakibatkan rakan kongsi tidak dapat bekerjasama kerana kebanyakan aplikasi mereka tidak berada pada platform yang dikongsi secara bersama.

“Pemecahan ini menyukarkan pengguna kerana mereka perlu memuat turun pelbagai aplikasi dan menghubungkan kaedah pembayaran untuk mengakses stesen pengecasan berbeza,” jelas Soh.

Menyedari kelompangan yang wujud, Beep tampil menawarkan penyelesaian terhadap isu yang berlaku.

Melalui platformnya Voltality, ia berfungsi memperkasakan pengendali pengecasan dan membolehkan mereka meliputi perkhidmatan mereka merentasi stesen pengecasan berbeza secara terus di dalam platform mereka sendiri.

Ia turut membabitkan pilihan tambahan untuk melakukan pembayaran tanpa melalui aplikasi dan hanya menerusi kad kredit dan kod QR.

Dengan itu, Soh berkata, pengguna hanya memerlukan satu platform antara muka untuk mengecas di mana sahaja mereka pergi.

Beliau berkata, Beep percaya pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi baharu yang khusus untuk proses pengecasan.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka lebih cenderung bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membolehkan mereka memberikan pengalaman pengecasan terbaik bagi dijadikan sebagai pusat perkhidmatan pengguna.

Dengan platform Voltality, Beep menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem bersepadu stesen pengecasan, perkhidmatan pembayaran dan kenderaan dan merevolusikan industri EV.

412916967_329723393256324_2622008197869094120_n

Voltality kini turut bekerjasama dengan Kineta Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Sime Darby Berhad. — KINETA

Penyedia platform transaksi itu telah mencapai kemajuan cukup cemerlang dengan visi ekosistem bersepadu termasuk stesen pengecasan, perkhidmatan pembayaran dan kenderaan.

Pada Jun 2022, ia melancarkan rangkaian perayauan rintis di rantau ini dengan lima pengendali.

Dalam tempoh satu tahun, Beep mengumumkan kejayaan pelancaran perkhidmatan rangkaian kenderaan elektrik terbesar Asia Tenggara merangkumi lebih 1,350 titik pengecasan, bersama-sama dengan 11 pengendali di Singapura.

Sehingga kini, jumlah rangkaian Beep berkembang kepada lebih 5,000 stesen pengecasan di seluruh rantau ini.

Soh berkata, kemajuan ketara turut direkodkan di Malaysia.

Beep telah menandatangani kontrak dengan beberapa pengendali pengecasan termasuk anak syarikat Sime Darby Bhd, Kineta Sdn Bhd, yang merupakan pemain utama dalam industri EV Malaysia.

Pada Mei, Kineta mengumumkan kerjasama dengan ChargEV untuk mempercepatkan pengecasan dan perayauan EV. — The Star/DALJIT DHESI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram