KEMALANGAN di jalan raya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan sememangnya tidak dapat diduga walaupun sudah memandu dalam keadaan selamat.
Sama seperti kejadian yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang berdepan detik cemas selepas hampir dihempap sebuah lori membawa kontena sepanjang 40 kaki di selekoh jalan di Nonthaburi, Thailand pada 2019.
Kejadian yang sempat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta berhampiran kedua-dua kenderaan tersebut itu bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
BACA LAGI: Rakan meraung rakam pemandu kena lenyek sampai putus kepala di Senawang
Dalam video sama, penunggang motosikal berkenaan dilihat memandu di lorong kanan sebelum lori yang berada di sebelahnya secara tiba-tiba tumbang ke kanan.
Ketika kejadian, lori terbabit dilaporkan memandu dalam keadaan laju di selekoh jalan.
Bagaimanapun, penunggang itu sempat menyedari situasi yang berlaku dan dengan pantas mengelak sebelum berlalu pergi.
Pada masa sama, pemilik video itu dilaporkan berkata, pemandu lori berkenaan dalam keadaan stabil sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
BACA LAGI: Kaki terputus, pemuda maut kemalangan motor di Kampung Gajah
Dia yang dikenali sebagai Phon-anan dikatakan turut terkejut dengan insiden tersebut kerana dia berada di belakang mereka dalam jarak dekat.
"Pemandu lori itu sepatutnya perlu lebih berhati-hati kerana ia boleh membunuh individu tidak bersalah.
"Saya dan penunggang motosikal hanya bernasib baik ketika itu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram