Da'i Syed teresak-esak kena penjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol, peluk isteri sedang berpantang


  • Prosiding
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam, Selangor menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Menurut laporan The Star, hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa bermula Jumaat.

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah'

BACA LAGI: Anak Hamzah Zainudin mengaku tak bersalah terima rasuah RM100,000

Sebaik mendengar keputusan, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh sebelum memeluk isterinya selepas dijatuhi hukuman.

Isterinya yang juga merupakan seorang hos selebriti, Hana Ismail, 38, difahamkan baru melahirkan cahaya sulungnya sekitar 16 hari lalu.

Untuk rekod, pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Syed kemudiannya mengaku tidak bersalah pada 10 Disember 2020 atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah kondominium dekat i-City, Seksyen 7, Shah Alam kira-kira pukul 1.35 malam pada 11 September 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram