Lelaki rentung, tertiarap di ruang tamu rumah di Sitiawan disyaki dibunuh adik sendiri


  • 112
  • Rabu, 25 Sep 2024

Seorang lelaki ditemukan rentung di sebuah kediaman dekat Taman Muhibbah 2, Sitiawan, Ipoh pada awal pagi Rabu. — Ihsan bomba

SEORANG lelaki yang ditemui maut dalam sebuah rumah terbakar di Sitiawan, Ipoh, Perak disyaki kes pembunuhan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman yang berkata, insiden itu disedari seorang saksi di lokasi kejadian.

"Seorang saksi terlihat suspek lelaki memasuki rumah berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari ruang tamu.

“Suspek kemudian keluar dari rumah dan keluar bersama dua tong dipercayai berisi petrol dan melarikan diri.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun di Ipoh untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Perodua Viva hitam ‘menghilang’ lepas jadi punca kemalangan maut penunggang 'superbike' di JB

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Susulan kenyataan saksi, suspek berusia 39 tahun itu dilaporkan ditahan berhampiran tempat kejadian.

Dalam pada itu, menurut laporan Harian Metro, mangsa disyaki dibunuh adiknya sendiri sebelum rumahnya dibakar.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, mangsa, Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.

"Suspek berusia 39 yang juga adik mangsa ditahan berhampiran tempat kejadian," katanya.

Difahamkan juga, suspek pernah dilihat beberapa kali berkelakuan pelik termasuk pernah mengayuh basikal dalam keadaan berbogel di kawasan perumahan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram