Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang


  • Politik
  • Khamis, 04 Jul 2024

Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR menyifatkan kebebasan suara di dalam negara kini semakin terancam.

BEKAS Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyifatkan kebebasan suara di dalam negara kini semakin terancam.

Ia selepas seorang aktivis politik, Hishamuddin Rais dilaporkan dipanggil oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Khamis.

Hishamuddin atau Isham Rais merupakan antara pihak yang tampil dalam acara protes yang berlangsung baru-baru ini berhubung urus niaga melibatkan Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkan dengan firma pelaburan, BlackRock.

BACA LAGI: Kadar kesuburan menurun: Tingkat jumlah taska dan contohi Korea antara 4 cara tangani TFR

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia, hantar pasukan pengaman ke Palestin

"Saudara Isham Rais dipanggil polis dan MCMC untuk siasatan di balai polis Brickfields (Kuala Lumpur) pukul 3 petang. Kurang pasti mengenai apa sebenarnya tuduhannya. Kebebasan bersuara makin terancam zaman sekarang," tulisnya menerusi ciapan di X.

Dalam pada itu, Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi ciapan terbaharu memaklumkan polis dan MCMC dilaporkan turut akan pergi ke kediaman Hishamuddin untuk merampas komputer milik aktivis terbabit bagi membantu siasatan.

"Isham memberi kerjasama yang baik dengan pihak penguat kuasa," ujarnya.

Urus niaga pemilikan saham melibatkan MAHB menimbulkan kontroversi ekoran pembabitan GIP yang merupakan sebuah konsortium dimiliki penuh oleh BlackRock, iaitu syarikat pelaburan daripada Amerika Syarikat (AS) yang pro-Israel.

Menjawab mengenai kontroversi tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Jun lalu di Dewan Rakyat berkata, penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock dibuat selepas melalui syarat ketat, dengan tapisan dilakukan dalam kalangan keseluruhan 145 syarikat yang berminat.

F55C7C79-DDB9-44E3-9F14-12F5DFD0C839

Aktivis politik, Hishamuddin Rais

Pada masa sama, Anwar berkata, pelaburan BlackRock di negara ini bukan baharu, malah syarikat pelaburan antarabangsa itu sudah melabur di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu khususnya dalam pasaran ekuiti dan bon syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat korporat Malaysia.

Katanya, persoalan mengenai penswastaan MAHB juga tidak timbul memandangkan ia jelas masih milik kerajaan dengan pegangan saham meningkat daripada 41 ke 70 peratus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram