Suspek kes tikam pereka dalaman di Sri Damansara ditahan


  • 112
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Muhammad Sharqawi (Gambar kecil) meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu selepas ditikam seorang individu tidak dikenali.

SUSPEK kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, dekat Petaling Jaya, Selangor minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa Jumaat malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang memaklumkan suspek ditahan di sekitar ibu negara.

“Tangkapan ada dilakukan malam tadi (Jumaat). Proses reman akan dilaksanakan pagi ini (Sabtu),” katanya memetik laporan Sinar Harian pada Sabtu.

BACA LAGI: Pereka dalaman tinggal sendirian di apartmen di Sri Damansara maut kena tikam 20 kali

BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

Dalam kejadian tersebut, Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu.

Mangsa sebelum ini tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang dibelinya pada tahun lalu.

Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian.

Majoriti sebelum ini melaporkan pemuda berusia 36 tahun itu maut selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Polis menemui Muhammad Sharqawi dengan 20 kesan tikaman selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang juga merupakan jiran mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram