[VIDEO] 'Elak tragedi kematian berulang, kerat separuh pokok Ru macam sebelum ini di Pantai Penunjuk Kijal'


  • Massa
  • Khamis, 19 Sep 2024

Lokasi pokok tumbang yang mengorbankan Saleha di Pantai Penunjuk, Kijal pada Rabu.

PENDUDUK di sekitar Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu menggesa agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan pantas memotong dan memangkas dahan pokok di sekitar pantai tersebut bagi keselamatan penduduk.

Gesaan itu dibuat selepas seorang wanita maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di pantai tersebut pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang berniaga di bawah payung secara tiba-tiba dihempap sebatang pokok berhampiran tempat dia berniaga.

BACA LAGI: 'Uncle masih ingat saya?', bekas polis Sandakan sebak ditegur mangsa nahas 31 tahun lepas

BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

Difahamkan, mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

Susulan itu, seorang pengguna media sosial, Hafizz Rajikk mencadangkan agar pihak berwajib memotong separuh pokok Ru di kawasan pesisiran Pantai Penunjuk, Kijal.

"Mohon pihak berkuasa ambil cakna tragedi tersebut. Pokok Ru yang tinggi di tepi pantai perlu dikerat separuh macam dulu.

"Sekarang dah musim hujan dan ribut kencang. Banyak pokok tumbang," tulisnya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, insiden tersebut berlaku sekitar pukul 6.15 petang ketika mangsa, Saleha Ashaari, 49, yang juga seorang peniaga berada di kawasan tersebut sewaktu cuaca buruk melanda.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kampung Titian Berayun Kijal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada kepala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram