Legasi 40 tahun Kelang Leather perlu sokongan Kempen Beli Barangan Malaysia, Ann mahu tembusi pasaran global


  • Bizz
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Ann menerokai industri pembuatan barangan kulit, sekali gus mencabar norma dalam bidang yang secara tradisional didominasi oleh kaum lelaki.

ANN Wong, usahawan berusia 42 tahun telah mencabar norma jantina dengan mengukir namanya dalam industri pemprosesan kulit sejak zaman kanak-kanak.

Dibesarkan di kilang pemprosesan kulit bapanya yang beroperasi di Pelabuhan Klang, Selangor, Ann terlibat dalam perniagaan keluarga, Kelang Leather, sejak berada di sekolah rendah lagi.

Pemilik ijazah dalam bidang perakaunan itu memilih untuk meninggalkan kerjaya korporat demi memberi fokus terhadap perniagaan keluarganya.

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Dulu budak bancuh kopi dan sapu sampah di Jerman, kini sentuhan magis Bambang jadi pilihan VVIP

fourthWong learned the tricks of the trade of the tannery business from her father, Shang Teck (right).

Ann (kiri) belajar selok-belok perniagaan memproses kulit daripada bapanya, Shang Teck.

“Saya terpesona dengan dunia perniagaan kulit dan bagaimana untuk menjadikannya sesuatu yang boleh membawa keuntungan,” katanya dalam satu temu bual di bengkel kerjanya.

Kini, Ann menghasilkan pelbagai barangan kulit seperti dompet dan beg tangan, malah dirinya turut optimis tentang kemasukan lebih ramai wanita dalam bidang berkenaan.

“Wanita membuktikan kebolehan mereka dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dalam masa sama mereka juga boleh memimpin sesebuah perniagaan,” ujarnya.

Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh bapanya, Wong Shang Teck, Kelang Leather pernah menggaji hampir 100 pekerja untuk menghasilkan kasut untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barangan kulit kecil yang lain.

Namun, permintaan terhadap produk kulit tempatan kini berkurangan akibat peningkatan kos pengeluaran dan juga persaingan kemasukan produk import, terutamanya dari China.

“Selepas 40 tahun, permintaan terhadap bahan mentah kulit berkurangan kerana pengeluaran dan barangan kulit untuk pasaran komersial tidak lagi menjana ekonomi di Malaysia disebabkan kos buruh dan bahan yang semakin meningkat.

“Ramai pengguna mendapati lebih murah untuk membeli produk kulit dari China.

“Situasi ini juga terjejas disebabkan kekurangan tenaga kerja kilang di negara kita,” kata Ann, yang kini mengendalikan perniagaan dengan hanya lapan kakitangan.

secondLeathercrafting has taught Wong to be patient and resilient.

Pembuatan kulit telah banyak mengajar Ann untuk bersabar dan tabah.

Pada tahun 2018, disebabkan masalah kesihatan, Shang Teck menyerahkan perniagaan tersebut kepada Ann dan adik lelakinya, Alec.

Ann mengakui, mempromosikan produk kulit tempatan untuk pasaran global mempunyai cabaran yang agar besar.

Hal ini kerana, mereka perlu bersaing dengan jenama mewah dari negara-negara Eropah.

Antaranya, jenama mewah yang terkenal dari negara seperti Itali, Perancis dan Britain mempunyai warisan dan kemahiran yang sinonim dengan kemewahan.

“Bagi jenama besar, sebahagian besar kosnya dibelanjakan untuk pemasaran dan pengiklanan, selain mengekalkan kualiti produk yang mereka jual,” katanya.

Sokong pembeli tempatan

Dia bagaimanapun menghargai pelaksanaan kempen kerajaan seperti Kempen Beli Barangan Malaysia yang menggalakkan pengguna menyokong perniagaan dan produk tempatan, sekali gus merangsang ekonomi domestik.

Apabila orang membeli produk buatan Malaysia, ia menyumbang secara langsung kepada peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

“Banyak syarikat tempatan mempunyai polisi untuk membeli daripada pengeluar Malaysia.

“Sebagai contoh, Kempen Beli Barangan Malaysia dan insentif cukai untuk pengeluar dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran,” ujarnya.

onlineWong's story is a reminder that innovation can flourish even in the most traditional of crafts.

Antara peralatan yang digunakan Ann untuk menghasilkan sesuatu barangan berasaskan kulit.

Sebagai ibu kepada dua anak, Ann begitu menekankan kepentingan penggunaan kulit berkualiti tinggi, berbanding barang tiruan.

Kulit asli jelasnya, bukan sahaja tahan lama, tetapi juga lebih bernilai.

“Produk kulit tidak mahal jika anda mempertimbangkan betapa tahan lamanya jika ia dijaga dengan baik.

“Jika tukang kulit memilih untuk menggunakan bahan alternatif, mereka tidak boleh dianggap sebagai tukang kulit,” kata Wong, yang turut aktif berkongsi foto produk buatannya di laman Instagram.

Bahan kulit mentah

Bahan kulit mentah yang digunakan dalam ciptaan Kelang Leather diperoleh dari pelbagai negara yang mengkhususkan jenis kulit tertentu.

Sebagai contoh, India menawarkan kulit kerbau yang sesuai untuk aplikasi tugas berat seperti pembuatan kasut but dan tapak kasut.

“Itali menggunakan kulit berkualiti tinggi, dengan pemprosesan berasaskan tumbuhan yang lebih banyak digunakan untuk produk fesyen jalanan. Barangan ini boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

“Sementara itu, Perancis dan Pakistan mengeksport kulit kambing dan biri-biri. Ia nipis dan berbutir halus, jadi sesuai untuk pelbagai jenis barangan kulit kecil dan juga pakaian,” katanya.

onlineWong says being able to make products out of leather is a great privilege.

Bahan kulit mentah yang digunakan dalam ciptaan Kelang Leather diperoleh dari pelbagai negara yang mengkhususkan jenis kulit tertentu.

Dia menambah, produk kulit adalah lestari kerana ia merupakan hasil sampingan daripada industri makanan yang dikitar semula.

“Jika kulit-kulit ini tidak diproses dan dijadikan tali pinggang, beg dan kasut, ia akan berakhir di tapak pelupusan.

“Jadi, mengambil pendekatan semangat kelestarian dan pembelian mesra alam, belilah sesuatu yang diperbuat daripada kulit asli hari ini,” katanya.

Selain mengurus perniagaan dan menghasilkan barangan kulit, Ann juga menjalankan bengkel yang meliputi asas-asas pembuatan kulit, daripada mengenal pasti jenis kulit, memperkenalkan alat pembuatan, membuat pola, menjahit, hingga teknik penamat.

Sejak 2018, mereka telah melatih lebih 100 pelajar, dengan matlamat untuk memperluas pengetahuan dan kemahiran dalam industri ini.

6

Ann (tengah) berazam untuk mengajar lebih ramai orang untuk menguasai kemahiran pembuatan kulit.

“Matlamat kami adalah untuk mengajar lebih ramai orang dalam kemahiran pembuatan kulit. Selain hobi, ia juga adalah kerjaya yang boleh dilakukan dari rumah sahaja.

“Dengan alatan dan mesin yang sesuai, anda boleh membuat sebarang produk atau reka bentuk mengikut kehendak sendiri seperti pelana untuk kuda, sarung pisau, dompet, tali pinggang, beg tangan hingga kasut.

"Peluangnya tidak terbatas, malah sebenarnya produk siap juga mudah dijual melalui kedai kraf dalam talian seperti Etsy atau di pasar kraf tempatan," tutur wanita itu lagi.

Ann turut berkongsi bahawa pembuatan kulit menyediakan ruang untuk kreativiti dan kemahiran seni seseorang yang mungkin sukar untuk diekspresikan.

"Menghasilkan produk dengan tangan menimbulkan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Ia boleh menjadi terapi,” tambahnya sambil memberitahu pelajar mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk mahasiswa, pereka fesyen, pencinta kraf dan juga pesara.

Perjalanan Ann dalam dunia kulit menggambarkan bagaimana tradisi dapat bertahan dan terus berkembang serta berinovasi dalam era moden. The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram