[VIDEO] Dulu budak bancuh kopi dan sapu sampah di Jerman, kini sentuhan magis Bambang jadi pilihan VVIP


  • Bizz
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Hasil magis Bambang menjadi dambaan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah turut memikat hati masyarakat luar. — Instagram/bambangsoteto

DUA dekad bukan tempoh waktu yang singkat untuk membina nama.

Apatah lagi perlu bersaing dalam industri kurang dipelopori kalangan Bumiputera.

Namun, situasi tersebut sikit pun tidak mematahkan semangat pemilik susuk bernama Bambang Sutrisno Soteto, 43, untuk terus mendalami ilmu dandanan rambut dari semasa ke semasa.

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Rama-rama jadi identiti, anak seni kelahiran Perak realisasi impian masa kecil buka bisnes di Bukit Bintang

Siapa sangka daripada seorang budak pembancuh kopi di sebuah salon di luar negara, kini sentuhan magis Pengerusi Syarikat dan Pengarah Dandanan Rambut Profesional Hairkunst Sdn Bhd itu menjadi dambaan ramai.

Ikuti wawancara bersama Bambang yang berkongsikan resepinya untuk mencipta nama sebagai antara pendandan terkemuka tanah air.

Boleh anda kongsikan tentang sejarah dan perjalanan kerjaya dalam industri dandanan rambut?

Saya mula menjadi pendandan rambut sejak bekerja secara sambilan di sebuah salon di Jerman. Pun begitu, tugas saya pada asalnya sebagai kru membancuh kopi, menyapu sampah dan membersihkan peralatan salon selepas digunakan. Susulan saban hari melihat staf lain mendandan rambut dari situ timbulnya minat untuk lebih mendalami bidang ini.

Kebahagiaan yang terpancar pada wajah pelanggan selepas ditatarias membuatkan saya gembira dan menguntumkan senyuman. Walaupun ketika itu saya sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kejuruteraan Kimia di Universiti Fachhochschule Mannheim, Jerman, namun saya turut menggemari seni kreativiti. Lalu, saya mengambil keputusan untuk menjadi pendandan rambut sehingga hari ini.

Usai menamatkan pengajian, saya masih melakukan kerja sambilan di salon termasuk menghadiri kelas penggayaan rambut di Jerman, England dan Austria selama sembilan tahun. Kemudian pada hujung 2006, sekembali ke tanah air saya membuka salon Hairkunst pertama tahun (Februari 2007).

Siapakah penata rambut inspirasi anda?

Saya mengagumi hasil kerja mendiang Vidal Sassoon yang begitu konstrultif. Disebabkan saya sendiri datang daripada latar belakang kejuruteraan, saya cenderung mengunting rambut teknik sama (secara berstruktur).

Bahkan, semasa mengajar, saya juga akan mencipta teknik sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dipelajari semasa berkelana di luar negara.

Bagi pendandan rambut tempatan pula, saya amat menggemari hasil kerja Shawn Cutler dan Datin Winnie Loo.

Boleh anda kongsikan tentang sejarah dan perjalanan kerjaya dalam industri dandanan rambut?

Saya mula menjadi pendandan rambut sejak bekerja secara sambilan di sebuah salun di Jerman. Pun begitu, tugas saya pada asalnya sebagai kru membancuh kopi, menyapu sampah dan membersihkan peralatan salun selepas digunakan. Selepas saban hari melihat staf lain mendandan rambut, minat untuk lebih mendalami bidang ini mula bercambah.

Kebahagiaan yang terpancar pada wajah pelanggan selepas di tatarias membuatkan saya gembira dan menguntumkan senyuman. Walaupun ketika itu saya sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kejuruteraan Kimia di Universiti Fachhochschule Mannheim, Jerman, namun saya turut menggemari seni kreativiti. Lalu, saya mengambil keputusan untuk menjadi pendandan rambut sehingga hari ini.

Usai menamatkan pengajian, saya masih melakukan kerja sambilan di salun termasuk menghadiri kelas penggayaan rambut di Jerman, England dan Austria selama sembilan tahun. Kemudian pada hujung 2006, sekembali ke tanah air saya membuka salun Hairkunst pertama tahun (Februari 2007).

Siapakah penata rambut inspirasi anda?

Saya mengagumi hasil kerja mendiang Vidal Sassoon yang begitu konstruktif. Disebabkan saya sendiri datang daripada latar belakang kejuruteraan, saya cenderung menggunting rambut teknik sama (secara berstruktur).

Bahkan, semasa mengajar, saya juga akan mencipta teknik sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dipelajari semasa berkelana di luar negara.

Bagi pendandan rambut tempatan pula, saya amat menggemari hasil kerja Shawn Cutler dan Datin Winnie Loo.

Snapinsta.app_360219593_936984154206486_6147814349571736216_n_1080

Bambang mencipta teknik sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dipelajari semasa berkelana di luar negara.

Justeru, bagaimana cara untuk kekal relevan dalam industri ini?

Mendandan rambut adalah kerja melibatkan fizikal. Lumrah kehidupan, usia manusia akan semakin bertambah seterusnya memberi kesan kepada tahap kecergasan. Jadi salah satu cara untuk kekal relevan, sekali gus melebarkan sayap adalah melalui pengajaran dan latihan.

Di sini (Malaysia) saya juga suka mengajar, lebih-lebih lagi industri ini semakin dipandang serius. Lihat sahaja tukang rambut dahulu dan sekarang. Nampak perbezaan bukan? Tambahan pula kini persaingan semakin meningkat. Bagaimanapun, gelombang bidang ini lebih meluas dan variasi dek latihan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Apakah momen jatuh dan bangun paling mencabar yang anda tempuhi, sepanjang menelusuri bidang dandanan rambut?

Cabaran awal semestinya untuk memperkenalkan jenama sendiri di pasaran kerana sekitar 2007 tidak ramai pemain industri bumiputera membuka salon di dalam pusat beli-belah. Sebahagian besar beroperasi di lot kedai.

Untuk bergelar pakar dalam industri ini sebenarnya memerlukan masa yang agak lama kerana 99 peratus penggiat industri dandanan rambut profesional tempatan didominasi oleh bukan bumiputera.

Jadi, antara cabaran waktu itu kebanyakan latihan dianjurkan pihak swasta menggunakan bahasa Kantonis atau Mandarin berbanding bahasa Inggeris.

Meskipun agak sukar untuk memahami, namun saya nekad untuk terus belajar demi membuktikan bahawa golongan bumiputera juga boleh menjadi pendandan rambut profesional.

Boleh kongsikan siapa antara klien berpengaruh yang pernah menggunakan khidmat anda?

Alhamdulillah, saya pernah diberi kepercayaan untuk menata rambut pelanggan kenamaan, ahli politik, kerabat diraja dan selebriti antaranya Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Dynas Mokhtar, Fauziah Latif dan Neelofa. Ada juga pelanggan yang sanggup datang dari Dubai dan Singapura semata-mata untuk 'buat' rambut dengan saya.

Namun, perkhidmatan tidak tertakluk kepada individu berkepentingan, sebaliknya saya menerima sesiapa sahaja dengan senang hati.

Snapinsta.app_193901535_333439274834551_4499194430064887463_n_1080

Bambang sering diberi kepercayaan untuk menata rambut pelanggan kenamaan. — Instagram/bambangsoteto

Hari ini semakin ramai wanita berhijab, jadi apakah pendekatan yang dilakukan agar mereka selesa ketika menjalani rawatan rambut?

Satu daripadanya saya membuka salon khusus untuk para wanita. Hairkunst adalah satu-satunya premis yang menggunakanan konsep uniseks.

Misalnya, Dashing Diva by Hairkunst di Kota Damansara, The Curve dan Shah Alam, Selangor serta Plaza Arkadia, Desa Parkcity Plaza Damas, Sri Hartamas di Kuala Lumpur hanya menerima pelangan wanita. Kami juga membuat pengasingan ruang termasuk bahagian mencuci rambut.

Malah, kami pastikan pendandan rambut di cawangan berkenaan terdiri daripada staf wanita beragama Islam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Selain pewarna rambut telus air, semua bahan digunakan dijamin halal kerana saya sangat teliti mengenai perkara tersebut.

Kongsikan trend dan warna rambut yang menjadi pilihan wanita dan lelaki ketika ini?

Trend berubah begitu pantas terutamanya dengan perkembangan platform digital. Jika dilihat di media sosial, potongan rambut wolf cut atau butterfly menjadi pilihan masyarakat urban.

Agak berlainan sedikit dengan pemilihan warna rambut kerana anak-anak muda hari ini lebih berani bereksperimentasi. Saya boleh katakan tiada trend spesifik untuk warna rambut, ia boleh menjadi apa sahaja. Apa dirasakan sesuai dengan personaliti, mereka berani mencuba. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram