Dituduh seleweng dana infaq lebih RM63,000, Alif Teega mengaku tidak bersalah


Alif Teega berdepan dua tuduhan menyalahgunakan dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq.

PEMPENGARUH Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau lebih dikenali sebagai Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam lebih RM63,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengikut pertuduhan pertama, Alif didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pempengaruh itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN di bank yang sama pada 15 Jun lalu.

BACA LAGI: Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan perintah reman pasangan 'influencer'

BACA LAGI: [VIDEO] Ahli perniagaan tudung terkenal, suami direman kes seleweng derma cecah jutaan ringgit

Namun, Alif tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

"Saya mohon bicara," katanya ringkas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara empat bulan hingga lima tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL..