[VIDEO] Ahli perniagaan tudung terkenal, suami direman kes seleweng derma cecah jutaan ringgit


Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.

PASANGAN suami isteri yang juga pempengaruh direman selama empat hari bermula Khamis berhubung isu menyeleweng kutipan derma.

Kedua-dua mereka hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiba pada pukul 9.15 pagi.

Ahli perniagaan berkenaan yang memakai baju lokap berwarna oren kelihatan sangat tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada orang ramai dalam keadaan bergari.

BACA LAGI: '14 tahun pertama jadi cabaran hebat rumah tangga', ramai simpati hubungan Dr Jezamine-Harith Iskander

BACA LAGI: 'Gentle jumpa peguam saya', pelakon Sinetron harap suami segera pulangkan barang kemas ribuan ringgit

Turut direman bagi tempoh sama, dua individu dipercayai pengendali platform.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini terhadap keempat-empat suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Tempoh reman itu diperoleh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Media sebelum ini melaporkan bahawa ahli perniagaan tudung terbabit ditahan SPRM pada pukul 6.40 petang, Rabu.

Menurut sumber, lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 26, ditahan bagi membantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram