[VIDEO] Ombak kuat landa RNR Bagan Ajam, pengunjung dinasihat elak hampiri pantai


  • Tular
  • Selasa, 17 Sep 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan lokasi di sekitar Bagan Ajam yang terjejas teruk.

KEADAAN angin kencang dan air pasang luar biasa menyebabkan ombak besar menghentam kawasan di tepi pantai Pulau Pinang, pada Selasa.

Difahamkan, lokasi seperti Padang Kota (Esplanade) terjejas agak teruk, dengan air laut melimpah masuk sehingga ke medan selera Medan Renong.

Situasi itu menyebabkan pelanggan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, manakala peniaga bergegas menyelamatkan barangan mereka daripada hanyut.

BACA LAGI: Feri ikonik Pulau Kapas tenggelam di Butterworth

BACA LAGI: [VIDEO] Banyak trip feri batal susulan ombak mengganas, warga maya cadang bina jambatan ke Langkawi

Meskipun kejadian itu berlaku hampir sejam tetapi kawasan tersebut ditinggalkan dalam keadaan huru-hara.

Pantai di Bagan Ajam yang kebiasaannya menjadi 'port' santai pada waktu petang turut dilanda ombak kuat.

Kejadian itu turut dikongsikan menerusi rakaman video orang ramai yang berada di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Menurut bacaan pasang surut pada aplikasi telefon pintar seperti Tide Charts, paras air pasang mencecah sehingga 2.8 meter kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa.

bagan ajam

Keadaan di Bagan Ajam pada Selasa, seperti yang dikongsikan menerusi Facebook LLB.

Air pasang dijangka mencecah sehingga ke paras tiga meter dalam tempoh dua hari akan datang.

Sementara itu, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) menerusi satu hantaran di Facebook turut mengingatkan pengunjung agar berhati-hati ketika menghampiri kawasan pantai buat masa ini.

"Kepada pengunjung RNR Bagan Ajam, anda diminta tidak menghampiri kawasan pantai kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi naik sehingga di belakang RNR. (Keadaan ini) tidak selamat untuk pengunjung," maklumnya pada Selasa. The Star/LO TERN CHEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram